Kedah buat hal! Kantoi buat konsert depan masjid tapi permit busking je

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Kedah buat hal! Kantoi buat konsert depan masjid tapi permit busking je

Polis akan menyiasat konsert berdekatan Masjid Zahir, salah satu lokasi ikonik pelancongan Kedah

pada Sabtu lalu sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat terutama yang beragama Islam.

Kedah buat hal! Kantoi buat konsert depan masjid tapi permit busking je

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya juga akan memanggil semua pihak yang terlibat termasuk penganjur konsert berkenaan.

PERMIT HANYA UNTUK EVENT BUSKING

“Permit untuk program ini adalah di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan saya dimaklumkan penganjur ada permit untuk buat program tetapi pengisian (konsert) itu terlebih dan tidak terkawal.

“PBT bagi permit untuk busking, namun anak-anak muda ini terlompat-lompat bertindak di luar kawalan sehingga menyebabkan kekecohan dalam media sosial. Apa pun kita akan siasat termasuk memanggil penganjur,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berhadapan dengan Masjid Zahir.

PIHAK PBT & KERAJAAN NEGERI KESAL

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad berkata, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi tarian yang terkinja-kinja.

BACA: Korang takkan jumpa ‘deodoran’ di Korea, rupanya orang Korea tak pernah pakai pun! Ini sebabnya