Kedai Bubblebee Shuib berkecai kena rempuh MPV. Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas sehingga melanggar outlet BubbleBee di Meru di sini hari ini.
Menurut pemiliknya, Shuib Sepahtu, tidak dapat dipastikan punca kenderaan tersebut terbabas di outlet berkenaan dan pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.
“Mungkin pemandu ingat outlet ini drive thru (pandu lalu), tetapi alhamdulillah semuanya ok.
“Tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya hari ini.
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Tabung Haji beri keutamaan kepada jemaah tahun 2020
Suruhanjaya Sekuriti gantung lesen DDNK, apa akan jadi pada pelabur bawahnya?
Netizen perasan muka Hael makin pelik, ‘dah macam pondan pun ada’