Kejam! Tak puas hati kekasih masih hidup lelaki ini bertindak bakar mangsa lagi sekali dengan petrol, rupanya ini sebab

Oleh GEMILANGDAILY

Kejam! Tak puas hati kekasih masih hidup lelaki ini bertindak bakar mangsa lagi sekali dengan petrol, rupanya ini sebab.

Hanya kerana tidak bersetuju dengan permintaan teman lelaki yang memintanya menyembunyikan kehamilan.

seorang remaja wanita maut dibunuh lelaki bertopengkan syaitan tersebut.

Kejam! Tak puas hati kekasih masih hidup lelaki ini bertindak bakar mangsa lagi sekali dengan petrol, rupanya ini sebab

Memetik laporan Sinar Harian, perselisihan faham yang berlaku di antara mangsa

Dan suspek yang berusia 2o tahun itu telah menyebabkan mangsa maut ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada Isnin yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias, suspek yang juga merupakan lepasan kolej itu dipercayai membawa teman wanitanya dengan menaiki sebuah kereta di kebun kelapa sawit terbabit dan bertengkar dengan mangsa.

Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaannya untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah tersebut.

Lelaki itu kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan.

Suspek kemudiannya pulang ke rumah sebelum datang semula ke tempat kejadian pada keesokan harinya untuk membakar mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.

Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol.

Walau bagaimanapun, tindakan kejam dibuat suspek itu berjaya disedari selepas orang awam menjumpai mangsa dalam keadaan hangus terbakar.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menahan suspek di sebuah rumah keluarganya pada jam 1.45 petang Selasa di Sungai Besar.

Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman selama enam hari bermula Rabu untuk membantu siasatan,” katanya.

Sekadar info, mangsa ditemui dalam keadaan badannya terbakar sebanyak 60 peratus dan kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

BACA:

Semenjak sertai kelab bola Liga Arab, Cristiano Ronaldo dah reti sujud raikan kemenangan undang pujian netizen

Rupanya ramai tak tahu, duit KWSP boleh bayar habis hutang PTPTN, ini cara-caranya