Kelonggaran kuarantin di semua negeri merah, bukan sahaja Sabah – Dr Noor Hisham

Kelonggaran kuarantin di semua negeri merah, bukan sahaja Sabah – Dr Noor Hisham

Kelonggaran kuarantin bukan hanya bagi Sabah, tetapi juga negeri atau wilayah merah lain, seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penurunan kes Covid-19 di Sabah antara perkembangan yang diambil kira dalam perbincangan pihak berkuasa.

“Kes di Sabah semakin berkurang. Ini perkembangan positif,” katanya pada sidang media.

“Negeri zon merah lain, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, kami tidak melakukan pemeriksaan untuk mereka yang keluar dari negeri ini dan kami tidak mengkuarantin mereka.”

Mulai hari ini semua individu yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri lain

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti sebelum ini, sekiranya laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif.

Hisham berkata Kementerian Kesihatan akan sedia pertimbangkan permohonan memendekkan tempoh kuarantin 14 hari, sekiranya hasil ujian negatif, tiada gejala, dan tidak menunjukkan risiko selepas penilaian dibuat.

“Jika tiada permohonan kena jalani tempoh kuarantin 14 hari,” katanya.

Hisham menjelaskan kuasa pegawainya dinyatakan dalam Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Iaitu seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintah supaya mana-mana kontak jalani pemerhatian di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh difikirkan patut, atau menjalani pengawasan sehingga beliau boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang lain.”

Menjalani peperiksaan atau temu janji pernikahan antara sebab yang dinyatakan dalam permohonan yang pernah diterima kementerian.

“Kita juga ada pertimbangan pendekkan tempoh, contoh (sehingga) hari ke-12 dan ke-13,” katanya.”

Semalam, beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan soal keselamatan selepas Jeffrey Kitingan (STAR-Keningau) datang Parlimen.

Mereka berkata timbalan ketua menteri Sabah itu menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu pada 12 Nov, oleh itu tidak akan dapat mencukupkan kuarantin mandatori 14 hari di Semenanjung.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Azalina Othman Said berkata, doktor Parlimen memberi pelepasan kepada Jeffrey untuk menghadiri persidangan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/25/pulang-dari-negeri-merah-lain-juga-tak-kuarantin-hisham-jawab-isu-sabah/