Keluar wang akaun 1 KWSP : Ibarat menarik rambut dalam tepung

Keluar wang akaun 1 KWSP : Ibarat menarik rambut dalam tepung

Bukan senang sekarang ini nak cari duit. Bisnes perlahan, gaji kena potong, OT? Hmm tak payah sebutlah.

Tak hairanlah kalau semakin ramai yang cuba cari pendapatan sambilan, macam berniaga kecil-kecilan atau buat kerja melalui app seperti Grab dan Foodpanda. Dah bekerja siang-malam macam itu pun, masih tak cukup lagi untuk menampung belanja keluarga.

Maklumlah, kita hidup ini bukan sendiri. Kalau yang berkeluarga, kena beri makan dan susu anak-anak. Tak lupa juga beli kredit internet supaya anak-anak yang bersekolah dapat ikut pengajian dalam talian. Hutang kereta, sewa rumah lagi, semua itu perlu wang.

Orang bujang pula tidak bererti tiada komitmen. Ramai yang menyara ibu ayah di kampung, dan adik-adik yang masih di kolej. Dalam keadaan sekarang ini, mereka pun bagaikan telur di hujung tanduk. Jika sesuatu berlaku, hilang pekerjaan, kemalangan, atau dihinggap Covid, entah bagaimana nasib mereka nanti.

Siapa sangka angkara Covid, gaji boleh kurang tapi perbelanjaan naik!

Inilah perlunya ada cara untuk dapatkan sedikit wang untuk menampung keperluan hidup, supaya semua komitmen yang ada, baik keluarga, hutang-piutang, dapat dipenuhi. Selain itu, ia elakkan orang daripada meminjam daripada ah long apabila mereka dalam keadaan terdesak.

Pengeluaran wang daripada akaun 1 KWSP merupakan satu langkah pedih tetapi perlu untuk memberi sedikit ruang bernafas kepada mereka yang sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Perkhidmatan bernama i-Sinar yang diumumkan minggu lalu sangat berjaga-jaga untuk mengimbangi kesempitan hari ini, dan keperluan kewangan di hari tua.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Inilah salah satu cara untuk menghadapi suasana yang cukup mencabar ini.

Sumber :

COMMENTS