Kematian bayi 1 tahun akibat Covid-19 beri kesan mendalam terhadap Anwar

Kematian bayi 1 tahun akibat Covid-19 beri kesan mendalam terhadap Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim sedih dengan kematian bayi berusia satu tahun yang menjadi mangsa korban Covid-19 semalam.

Ahli parlimen Port Dickson itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bayi itu.

“Saya juga terkesan dengan mangsa korban Covid-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun.

“Ini sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir,” tulis Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Situasi semasa pandemik COVID-19 ternyata membimbangkan. Saya amat berharap dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk…

Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, October 6, 2020

Semalam, negara mencatat jumlah positif Covid-19 paling tinggi dalam sejarah iaitu 691 kes.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan terdapat empat kematian direkodkan semalam termasuk membabitkan bayi berusia satu tahun.

Dalam pada itu, Anwar yang juga ketua pembangkang meminta rakyat Malaysia supaya bersatu dan meningkatkan tahap disiplin serta amalan kebersihan.

“Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan sedari awal.

“Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/545563