Tidak dinafikan, memang ramai yang suka dan gemarkan Nasi Kandar.
Nasi Kandar kebiasaannya dihidangkan dengan nasi putih bersama pelbagai lauk pilihan. Tak dilupakan juga, kuah yang bercampur sehingga banjir.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu pergi ke kedai untuk makan Nasi Kandar telah mencuri tumpuan.
‘Air tangan’ menjadi ‘air lengan’
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang berada di sebuah kedai Nasi Kandar di Kuala Lumpur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pekedai itu dilihat mengambil pesanan daripada si pelanggan ini, namun lengannya itu penuh dengan kuah.
“Air lengan lagi padu dari air tangan,” tulisnya.
@danialazmii Air lengan lagi padu dari air tangan. Penggemar nasi kandar boleh try dkt Nasi Kandar Bendi KL #nasikandar ♬ suara asli – BOBACIOT🇮🇩 – ᴶᴬᴳᴼᴬᴺ・𝙔𝘼𝙉𝘿𝙀𝙓✿
Image from @danialazmii (TikTok)
“Sampai ke lengan, kau amik air sembahyang ke?” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 490K tontonan, 7K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: