Kenali 10 anakanda Yang Di-Pertua Agong Al Sultan Abdullah

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Putera dan puteri dari Negeri Pahang ini tidak dapat dinafikan lagi ketampanan dan kecantikan yang dimiliki mereka.

Keluarga Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini kerap mendapat perhatian media dan masyarakat dalam talian.

Namun, apa yang menarik adalah turut mencuri perhatian rakyat jelata pada baru ini apabila semua mata kembali tertumpu pada keluarga Diraja Pahang ini.

Kenali 10 anakanda Yang Di-Pertua Agong Al Sultan Abdullah

Seiring dengan sifat ihsan Baginda, Al-Sultan, sorotan juga menimpa anak-anak Baginda.

Namun, di sebalik potret dan rakaman yang tular di media sosial, mungkin ramai yang masih tidak sedar atau tahu kesemua 10 anakanda Yang Di-Pertua Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh itu, ayuh EH! kenalkan 10 putera dan puteri anakanda yang tampan dan manis yang sering menjadi soretan rakyat jelata.

Kenali 10 Anakanda Yang Di-Pertua Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah:

1. Tengku Amir Nasser Ibrahim.

Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim dilahirkan pada 25 Ogos 1986.

Pada usia 1 tahun, baginda telah diambil sebagai anak angkat oleh, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan anak bongsu daripada sepuluh beradik. Merupakan anak kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim dari isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. Beliau telah pun berkahwin dengan Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz pada 19 Disember 2013.

2. Tengku Ahmad Iskandar Shah.

Yang mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah, Almarhum putera Kesultanan Pahang, telah dilahirkan dan mangkat pada hari yang tidak dapat dilupakan iaitu 24 Julai 1990.

Sebagai putera sulung, Al-Sultan Abdullah Ri ‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dan Yang Teramat Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mempunyai kepentingan yang besar. Malangnya, beliau meninggalkan alam dunia ini pada hari kelahirannya, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, terletak di bandar Kuantan, Pahang.

3. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, merupakan zuriat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dilahirkan pada 17 September tahun 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Putera yang kini dianugerahkan dengan gelaran Putera Mahkota dan Pemangku Raja Pahang, muncul sebagai pengganti yang sah kepada takhta kesultanan Pahang, kedudukan yang paling penting dan berprestij.

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa 18 Jun 2018. Selepas pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang Di-Pertua Agong, Tengku Hassanal telah dikurniakan darjah kebesaran Putera Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019.

4. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 merupakan putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Tidak terkecuali dan cukup aktif bersukan dalam pelbagai cabang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sering dilihat aktif bersukan antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan golf.

5. Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, anakanda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dilahirkan pada 11 September 2000.

Memegang takhta pewaris ketiga dalam barisan pewaris takhta kerajaan negeri Pahang dan merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Sering barkongsi kehidupan peribadi bersama rakyat jelata di media sosial instagram @taimshah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Thomas di Kuantan, Pahang, sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory School di Farnham Royal, United Kingdom dan akhirnya melanjutkan pengajian tinggi dalam Kriminologi dan Sosiologi di Royal Holloway, Universiti London pada peringkat Sarjana Muda Sains.

6. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah meupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga putera Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah ialah puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mendapat pendidikan di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom, dan telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

7. Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah

Dilahirkan pada 27 april 2002, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah merupakan puteri bongsu Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mempunyai wajah yang cantik, dan disifatkan mewarisi rupa paras jelitawan dari bondanya. Pada masa kini, diketahui Tengku Jihan sedang melanjutkan pengajian di kota London, menumpukan masa beliau untuk menuntut ilmu dalam bidang seni, reka bentuk, dan media.

8. Tengku Puteri Iman Afzan.

Dilahirkan pada 11 November 1992 dan merupakan seorang aktivis kesihatan mental, sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melantik beliau sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun 2020.

Merupakan anak kepada Al-Sultan Abdullah dan isteri keduanya Cik Puan Julia Rais iaitu merupakan bekas pelakon dan model.

Tengku Puteri Iman Afzan memegang tempat istimewa sebagai anak sulung dalam keluarganya. Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Nottingham di England, dalam bidang sains politik.

Pada 4 Ogos 2018, Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Abu Bakar Ahmad bin Almarhum Tengku Arif Bandahara Tengku Abdullah dan telah dikurniakan 2 orang anak.

9. Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Tengku Puteri Ilisha Ameera merupakan anak kedua dari perkahwinan Al-Sultan Abdullah dan isteri keduanya Cik Puan Julia Rais. Puteri cantik ini dilahirkan pada 1 oktober 1993, di hospital Pantai, Kuala Lumpur dan telah pun mendapatkan pendidikan di Universiti Nottingham, England sama seperti kakak sulung beliau iaitu Tengku Puteri Iman Afzan.

10. Tengku Puteri Ilyana.

Sering mencuri perhatian masyarakat kerana memiliki rupa paras yang cantik, Tengku Puteri Ilyana merupakan puteri bongsu dari perkahwinan Al-Sultan Abdullah dan isteri keduanya Cik Puan Julia Rais, Tengku Puteri Ilyana dilahirkan pada 20 april 1997 di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dan telah mendapatkan pendidikan di Down House School yang terletak di England.

BACA: Laman Web Kementerian Pengangkutan Jam gara – gara Laporan awal Nahas Elmina di keluarkan