Kenapa banyak rangkaian kedai makanan ‘fast food’ suka bagi refill air secara percuma?

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa banyak rangkaian kedai makanan ‘fast food’ suka bagi refill air secara percuma?

Hari ini restoran makanan segera ataupun fast food sudah menjadi antara pilihan utama untuk masyarakat daripada pelbagai jenis latar belakang menjamu selera.

Dengan servis yang pantas serta rasa agak enak, tiada hairanlah fast food sentiasa dipenuhi manusia setiap detik.

Kenapa banyak rangkaian kedai makanan 'fast food' suka bagi refill air secara percuma?

Namun pernah tak anda perasan, terdapat beberapa jenis fast food yang tawar refill air secara percuma? Salah satunya adalah Texas Chicken.

Tak rugi ke fast food buat begitu? Maklumlah orang kita pantang dengar perkataan percuma ini. Jadi kenapa ada fast food yang bagi refill air secara percuma?

Kos Kecil

Sebenarnya kos untuk menampung air-air bikarbonat yang sudah menjadi antara identiti fast food sangatlah rendah. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan fast food akan membeli air bikarbonat daripada pembekal secara pukal.

Jadi harga yang diperolehi boleh menjadi di bawah RM1 untuk satu cawan sahaja. Seorang pelanggan pula paling gila pun akan minum 3 cawan maksimum. Setakat 3 cawan air bikarbonat untuk seorang pelanggan, masih lagi tidak mampu menyebabkan fast food mengalami kerugiaan besar.

Daya Penarik
Terdapat juga fast food yang menjadikan refill air secara percuma sebagai tarikan untuk pelanggan datang ke restoran mereka.

Pelanggan pula melihat tarikan tersebut sebagai salah satu cara nak berjimat dan beranggapan fast food itu tadi penuh dengan sikap kemanusian.

Tapi tanpa disedar, pelanggan telah masuk berbelanja di fast food tersebut sebanyak RM15 sehingga RM20 untuk satu set hiding sahaja. Kalau ditambah dengan menu lain, pasti harganya turut meningkat.

Bagi pihak fast food, duit yang dikeluarkan oleh pelanggan untuk membeli set hidangan atau ala carte sebenarnya sudah terlebih cukup untuk cover kos air bikarbonat. Jika pelanggan minum bercawan-cawan sekalipun, kos itu masih lagi dapat ditutup oleh makanan yang telah dijual.

Bukan Tempat Melepak

Secara asasnya restoran makanan segera bukan tempat yang sesuai untuk melepak selama berjam-jam seperti kedai mamak. Bersesuaian dengan khidmat cepat dan pantas, pelanggan akan terus meninggalkan fast food apabila sudah habis makan.

Jadi fast food tidak akan berasa rugi kerana kebiasaannya pelanggan agak kurang mahu menghabiskan atau menambah air bikarbonat. Selain itu, minum air bikarbonat secara terus dan berlebihan akan membuatkan perut cepat kenyang. Oleh sebab itu, mustahil kita akan melihat pelanggan meratah air bikarbonat sampai 10 cawan.

BACA:

Mufti besar Russia anugerahkan ‘Pingat Perpaduan Ummah’ kepada Mat Sabu, rupanya ini yang dia buat sebenarnya

“Ini bukan bapa haruan makan anak, ini mak makan anak!”, Ibu buat amang seksual terhadap anak lelaki ditahan