Kenapa barang elektrik zaman dulu lebih tahan lama berbanding sekarang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kalau ingat balik barang elektrik zaman kecil pastinya mengimbau kenangan apatah lagi ketika membersihkan televisyen yang besar dan tebal.

Selalunya barangan ini lebih tahan lama jika mahu dibandingkan dengan zaman sekarang yang jangka hayatnya mereka hanya tahan kurang 10 tahun.

Kualiti pembuatan dan barang telah pun mula menurun sejak beberapa dekad yang lepas jika mahu dibandingkan dengan zaman 80-an 90-an.

Jangka hayat perkakas moden juga agak pendek dan selalunya mempunyai tempoh luput, malah kerosakkan akan ada walaupun sedikit selepaa dua tiga tahun pengunaan.

Disebabkan permintaan pelanggan yang mahukan teknologi dimasukkan ke dalam barangan elektrik menyebabkan ia lebih cepat rosak.

Kenapa barang elektrik zaman dulu lebih tahan lama berbanding sekarang

Kadangkala proses untuk membaiki produk sudah sama harga dengan membeli produk baru, maka ramai memilih untuk beli daripada membaiki.

Malah kos membuat barang gantian juga sudah tinggi seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang pesat membangun.

Perkakas elektrik yang mempunyai ketebalan badan (besi) yang tebal lebih tahan lama dan sukar rosak, ia juga memberikan lapisan yang terbaik untuk cat dikenakan pada perkakas itu.

Sebuah peti ais vintaj era 1970an sebegini sudah tentunya mempunyai jangka hayat yang lama namun pengunaan elektrik tahunan amatlah tinggi dan tidak cekap tenaga.

Perkakas elektrik dan elektronik moden hadir dengan label penggunaan kuasa ini untuk menunjukkan samada produk tersebut menggunakan tenaga secara efisyen atau tidak. Kredit- Tenaga Nasional Berhad

Terdapat beberapa perkakas elektrik dan elektronik dari zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an yang tidak menepati standard kecekapan tenaga sepertimana perkakas elektrik moden tidak digunakan lagi.

Contohnya penghawa dingin dari era 1980-an menggunakan 1,500 ke 3,000 watt untuk 1 kuasa kuda untuk menyejukkan ruang bilik namun penghawa dingin kini boleh melakukan perkara yang sama dengan kapasiti 700 watt ke 1,000 watt untuk satu kuasa kuda.

Ditambah pula dengan kos bil elektrik yang meningkat, pengguna kini telah beralih dari menggunakan perkakas vintaj dan menggunakan perkakas lebih menjimatkan elektrik.

Pengunaan perkakas yang tidak cekap tenaga adalah sangat berkos tinggi daripada segi bil elektrik tahunan yang dikenakan pada pengguna.

Namun, impak terhadap alam sekitar juga tidak kurangnya apabila perkakas yang telah tamat tempohnya berakhir di tempat pembuangan sampah dan makin menggunung.

Pengguna pula lebih memilih perkakas eletrik yang mempunyai ciri penjimatan eletrik dan teknologi canggih untuk digunakan di rumah.

BACa: Demi bayar hutang RM29 juta, bekas jutawan terpaksa tebal muka berniaga tepi jalan