Kenapa bas sekolah mesti berwarna oren je? Ini sebab buat ramai rasa nak tahu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Banyak pengangkutan yang tersedia hari ini boleh digunakan untuk tujuan pelbagai, termasuk untuk pergi ke sekolah.

Apabila jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, kebiasaannya ibu bapa akan menggunakan kereta untuk menghantar dan menjemput anak-anak mereka.

Tetapi, bagaimana jika ibu bapa menghadapi kekangan dan tidak dapat menjemput anak setiap hari?

Kenapa bas sekolah mesti berwarna oren je? Ini sebab buat ramai rasa nak tahu

Di sinilah, satu lagi pilihan pengangkutan muncul, iaitu perkhidmatan bas sekolah.

Secara umumnya, bas sekolah akan mengambil dan menjemput murid-murid pulang ke rumah selepas waktu sekolah.

Hari ini, bas sekolah telah menjadi kenderaan yang ikonik dengan warna traidisi, kebanyakan berwarna kuning.

Namun, jika diperhatikan secara teliti, warna kuning pada bas sekolah tidak benar-benar sama dengan warna pisang masak.

Sebaliknya, warna kuning yang dipilih seakan-akan mirip dengan warna buah manga.

Malahan, warna yang serupa dengan warna bas sekolah ini sering dirujuk sebagai ‘kuning bas sekolah’ untuk membantu orang membayangkan warna dengan lebih tepat.

Walaupun begitu, pernahkah terfikir mengapa warna kuning dipilih sebagai warna cat luaran bas sekolah?

Pemilihan warna ‘kuning bas sekolah’ tidak hanya untuk tujuan identifikasi semata-mata.

Sebaliknya, pemilihan warna ini pada mulanya berkait dengan faktor keselamatan.

Pada tahun 1939, Dr. Frank W. Cyr mengadakan persidangan untuk menetapkan peraturan standard bagi bas sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Dalam persidangan tersebut, warna kuning keorenan dipilih sebagai warna standard bas sekolah di negara itu dan dikenali sebagai National School Bus Chrome.

Seperti yang kita tahu, papan tanda berhenti dan lampu isyarat berhenti menggunakan warna merah untuk menarik perhatian pengguna jalan raya.

Selain merah, warna kuning juga adalah antara warna yang cepat menarik perhatian manusia.

Sebagai contoh, jika anda melihat tegak ke hadapan, objek kuning yang tidak terletak langsung di pandangan mata masih dapat dilihat di hujung penglihatan.

Hujung penglihatan ini juga dikenali sebagai medan pesisiran atau peripheral field.

Saintis mendapati bahawa manusia dapat melihat objek kuning dalam peripheral field 1.24 kali ganda lebih baik berbanding warna merah.

Bukan hanya itu, warna kuning juga lebih mudah dikenali jika diletakkan di dalam persekitaran gelap berbanding warna merah.

Oleh itu, warna ini dianggap sebagai warna yang paling sesuai untuk digunakan pada bas sekolah.

Garisan dan tulisan berwarna hitam pada badan bas adalah kombinasi terbaik antara kedua-dua warna tersebut.

Kombinasi hitam/kuning keorenan dikatakan sebagai warna yang paling mudah dikenali oleh pemandu kenderaan pada waktu pagi.

Jadi, apabila pemandu melihat warna ini, mereka dapat dengan cepat menyedari kehadiran bas sekolah di kawasan tersebut yang mungkin membawa pelajar, dan ini akan mendorong mereka untuk memandu dengan lebih berhati-hati.

BACa: Netizen bengang lihat wanita ‘confess’ rampas suami orang