Kenapa jambatan Rawang Bypass bengkang-bengkok? Rupanya ada kaitan dengan duit

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Berpeluang untuk membuat lawatan di jambatan di jalan “bypass” antara Serendah ke Rawang yang dibina oleh seorang anak Melayu tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar.

Ada satu keunikan pada jambatan tersebut, kalau kita lihat reka bentuk jambatan itu kita akan dapat nampak laluannya yang agak berbengkang bengkok, tidak lurus.

Sebenarnya jambatan itu sengaja tidak diluruskan demi kerana ingin menyelamatkan spesis sejenis pokok,

Kenapa jambatan Rawang Bypass bengkang-bengkok? Rupanya ada kaitan dengan duit

iaitu Giam Kanching atau Merawan Kanching yang hanya terdapat di kawasan persekitaran laluan tersebut. Malah di dalam Malaysia hanya di situ sahaja tumbuhan itu tumbuh.

Dimaklumkan juga kesalahan bagi mengambil pokok Gian Kanching tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa akan membawa kepada denda sebanyak sejuta Ringgit.

Kepada mana-mana yang bertanya kenapa jambatan itu tidak diluruskan, maka itulah jawapan sebenarnya. Kalau ada yang berpendapat kerana untuk mengelakkan bukit-bukau atau tanah yang curam, maka jawapan itu adalah tidak tepat.

Syarikat Hasrat Sedaya Sdn Bhd mempunyai keupayaan, dan sedang membina sebuah jambatan di kuala sungai Kuala Terengganu yang melibatkan pembinaan di dasar muara sungai yang dalam. Jambatan tersebut bakal dilengkapi dengan sebuah restoran yang besar, yang bakal menjadi mercu tanda negeri Terengganu.

Sekalung tahniah buat Tuan Haji Razali yang mewakili Hasrat Sedaya Sdn Bhd kerana telah mengharumkan nama anak watan Batang Kali.

 

Hopea subalata ialah spesies pokok kaum Dipterokarpa. Spesies ini bersifat endemik yang bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor.

Hutan Simpan Kanching terletak di penghujung rabung kuartzit Klang Gates, salah satu rabung kuarza daratan yang terpanjang di dunia. Kerana lokasi endemismnya, spesies ini dinamakan Merawan Kanching atau Giam Kanching. Secara komersil, pokok in dimasukkan dalam kategori giam.

giam-kanching02

Pokok Giam Kanching bersaiz kecil, berkulit licin dengan ukur lilit menjangkau 1 meter. Hopea subalata dikelaskan sebagai spesies terancam tahap kritikal disebabkan taburannya yang terhad.

Spesies ini mempunyai kaedah pembiakan yang unik dengan anak yang terhasil betul-betul menyerupai induk dari segi genetik.

Para penggemar pokok yang jarang ditemui ini boleh melihatnya berbunga di Arboretum Dipterokarpa dan Taman Botani FRIM.

BACA: Daripada Sultan negeri Terengganu terpaksa jadi pemandu teksi demi sara keluarga, ini kisah Sultan Ali Shah