Kenapa kena buka lampu tandas bila menginap di Hotel? Ini sebab ramai tak tahu

Oleh NADIA HARON

Menginap di hotel bukan hanya membawa kegembiraan kepada anak-anak, tetapi juga kepada ibu bapa. Mungkin kerana suasana yang berbeza daripada rumah.

Walaupun bilik hotel sudah dilengkapi dengan penghawa dingin, tilam yang empuk, dan sebagainya,

namun suasana di hotel masih dapat membantu untuk melupakan tekanan atau tugasan rumah buat seketika.

Ia adalah masa untuk berehat dari rutin harian di rumah.

Biasanya di rumah, lampu perlu dimatikan semasa tidur, malah ada yang lebih suka tidur tanpa cahaya langsung.

Kenapa kena buka lampu tandas bila menginap di Hotel? Ini sebab ramai tak tahu

Namun, apabila menginap di hotel, penting untuk tidak memadamkan semua lampu sebelum tidur

. Amalkan untuk menyala lampu tandas, setidaknya dengan cahaya samar-samar.

Mengapa Perlu Menyala Lampu Tandas Ketika Menginap di Hotel?

PERTAMA:
Sebagai langkah persediaan keselamatan jika berlaku kecemasan.

Contohnya, dalam kes kecemasan atau kemalangan, cahaya dari lampu tandas membolehkan kita melihat dengan lebih jelas sekitar bilik. Ia juga membantu kita mengesan kedatangan orang asing ke dalam bilik, membolehkan kita bersedia jika perlu bertindak.

KEDUA:
Untuk keselesaan dan keselamatan ketika pergi ke tandas pada waktu malam.

Kebiasaannya, ketika menginap di hotel, kita sering terjaga pada waktu malam untuk pergi ke tandas. Dengan lampu tandas menyala, kita dapat bergerak dengan lebih yakin dan selamat tanpa perlu mencari suis lampu dalam keadaan separuh sedar.

KETIGA:
Membantu tidur yang lebih nyenyak.

Kajian menunjukkan bahawa lampu tandas yang menyala boleh membantu kita tidur lebih nyenyak. Walaupun sesetengah orang mungkin fikir sebaliknya, tetapi kenyataannya adalah lampu tandas yang lembut dan jauh dari tempat tidur tidak akan mengganggu tidur.

Ia sebaliknya memberikan rasa selamat dan selesa, mengurangkan rasa asing ketika berada di tempat asing.

Dengan adanya cahaya, kita juga kurang cenderung untuk terfikir tentang perkara-perkara yang menakutkan atau mengganggu, yang mungkin telah kita dengar sebelum ini. Oleh itu, dengan menyala lampu tandas, kita dapat berasa lebih aman dan tenteram semasa menginap di hotel.