Kenapa keyboard komputer tak disusun ikut susunan abjad tapi bersepah, ke main letak je masa cipta? Ini sebabnya

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa keyboard komputer tak disusun ikut susunan abjad tapi bersepah, ke main letak je masa cipta? Ini sebabnya

Papan kekunci ataupun keyboard merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan input berupa abjad, nombor mahupun simbol ke dalam komputer.

Sebelum kehadiran peranti yang menggunakan skrin sesentuh, kita terlebih dahulu didedahkan dengan penggunaan papan kekunci fizikal.

Kenapa keyboard komputer tak disusun ikut susunan abjad tapi bersepah, ke main letak je masa cipta? Ini sebabnya

Papan kunci fizikal ini boleh didapati dalam dua jenis, iaitu jenis membran dan mekanikal.

Seiring berkembangnya teknologi digital dan pengenalan skrin sesentuh, papan kekunci juga berubah dan turut ditawarkan secara digital.

Namun, sepanjang kita menaip dengan menggunakan papan kekunci, perasan atau tidak bahawa susun atur abjad pada papan kekunci bermula dengan abjad Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya?

Tidak kisahlah sama ada papan kekunci tersebut mempunyai 61 kekunci, 71 kekunci dan sebagainya, peranti ini tidak dapat lari dari susunan QWERTY.

Menurut Mental Floss, susunan QWERTY atau nama rasminya, susun atur Sholes telah direka oleh Christopher Lathan Sholes dan diubahsuai dalam beberapa situasi.

Papan kekunci Sholes yang asli telah dimodelkan berdasarkan mesin percetakan telegraf. Susun atur abjad berkenaan mudah untuk dipelajari, tetapi tidak mudah untuk digunakan untuk tujuan menaip ketika itu.

Satu perkara lagi, semua mesin menaip praktikal pada hari itu bergantung pada tuas mekanikal, dan huruf bersebelahan boleh tersekat jika ditekan dengan pantas.

Bagaimanapun, terdapat satu mitos kenapa Sholes menyusun atur papan kekunci dengan aturan QWERTY. Menurut mitos berkenaan, Sholes mahu memperlahankan kadar kelajuan seseorang semasa menaip, sekaligus mengurangkan masalah-masalah yang disebut di atas.

Adakah QWERTY ini tidak memiliki makusd yang signifikan?
Jawapan, tidak. QWERTY telah diasaskan berdasarkan keperluan telegrafer dalam mentranskripsi kod Morse. Sudah semestinya, kod Morse direka secara saintifik untuk menyampaikan mesej berbahasa Inggeris secara efisien.

Hasilnya, susunan QWERTY boleh dikatakan agak baik dan membantu untuk menyiapkan tugasan secara efisien.

Pada 1930-an, John Dvorak menggunakan teknik kajian gerakan masa moden untuk mereka papan kekuncinya tersendiri. Papan kunci kemudian dikenali sebagai papan kekunci Dvorak seperti dibawah.

Papan kekunci Dvorak meletakan huruf vowel dan lima huruf konsonan paling kerap diguna pada bahagian tengah. Rekaan ini dikatakan lebih efisien dan mampu membantu pengguna untuk menaip dengan lebih laju.

Dari situlah, pelbagai mitos dan kepercayaan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kelajuan seseorang individu menaip .

Walau bagaimanapun, susun atur papan kekunci tidak memainkan peranan penting dalam menjadikan seseorang individu dapat menaip dengan pantas.

Berdasarkan beberapa kajian, sama ada papan kekunci Sholes atau Dvorak, kelajuan menaip seseorang tidak dipengaruhi oleh jenis papan kekunci yang digunakan.

Latihan dan usaha adalah elemen penting dalam meningkatkan kadar kelajuan menaip. Menurut kajian yang dijalankan oleh penaip-penaip profesional mendapati, beberapa penaip boleh menaip lebih daripada 35 abjad setiap minit dalam tugasan hariannya.

BACA:“Kita kena ingat kita ada jawatan ini sampai bila? Sampai bila tu? Cuba fikir baik-baik, sampai kiamat?” Pesanan terakhir Menteri sebelum meninggal