Kenapa Michael Jackson dari berkulit hitam menjadi putih? Tubuh manusia sebenarnya menyimpan banyak misteri yang sehingga kini belum dapat dijawab oleh sains.
Salah satu misteri yang ada – adalah sejenis penyakit kulit yang dikenali sebagai vitiligo.
Penyakit vitiligo yang unik menyebabkan wujudnya tompok-tompok tidak sekata pada kulit sehingga kulit akan kehilangan warna asalnya.
Disebabkan itulah, apabila seorang individu berkulit gelap mengalami masalah vitiligo – perubahan padanya akan kelihatan lebih ketara. Ini kerana kulit yang terhasil akan kelihatan cerah.
Salah seorang pesakit vitiligo yang terkenal adalah mendiang Michael Jackson. Malangnya walaupun sudah lama meninggal dunia sekalipun – masih banyak pihak menyebarkan pelbagai dakwaan berkenaan beliau dan warna kulitnya. Mari kita rungkai misteri apa kaitannya beliau dan vitiligo.
Raja Pop yang bertukar kulit
michael jackson vitiligo penyakit kulit 88
Sekiranya kita berbicara berkenaan Michael Jackson – satu ura-ura berniat jahat berkenaan beliau yang kerap kali disebarkan adalah pendapat yang menyebut ‘dia malu jadi seorang lelaki kulit hitam.’
Malangnya, tindakan yang diambil Jackson sendiri juga tidak membantu persepsi; dia kerap menjalankan pembedahan plastik bagi ‘memperbaiki’ wajahnya menyebabkan banyak pihak turut mengandaikan dia menggunakan teknik perubatan bagi memutihkan kulitnya.
Realiti yang ramai orang terlepas pandang, Michael Jackson sendiri sudah mengakui dalam satu temuramah bersama Oprah Winfrey – pada tahun 1983 lagi dia sudah mengetahui berkenaan masalah vitiligo yang dihadapinya. Jackson mengaku ketika baru berusia 24 tahun, masalah perubahan tona kulitnya mula menjadi-jadi di tangan serta beberapa bahagian di wajah.
Bagaimana dia menutup tompok-tompok itu?
Sarung tangan ikonik beliau. Tompok di wajah? Alat solek. Perubahan itu menyebabkan dia mula berasa malu. Untuk seorang artis berstatus seperti beliau yang aktif sejak berusia 6 tahun, dugaan itu merupakan sesuatu yang sangat besar untuk dia hadapi.
Kita yang ada jerawat di muka pun akan berasa malu, apatah lagi individu selebriti yang wajahnya akan kelihatan seperti kesan melecur sekiranya tidak ditutupi.
Memahami vitiligo
wanita yang mengidap penyakit vitiligo
Tompok-tompok cerah yang digelarkan vitiligo berlaku disebabkan oleh kematian sel kulit yang dinamakan melanocyte. Apabila melanocyte mati atau gagal menjalankan fungsinya menghasilkan melanin, kulit manusia akan kehilangan pigmen penting yang memberikan kita warna asal kulit kita.
Apabila itu berlaku, tompokan-tompokan cerah akan terhasil di bahagian yang dijangkiti tanpa ada cara rawatan yang benar-benar mampu mengembalikan semula warna kulit. Sekiranya berjaya dirawat sekalipun, warna kulit yang pulih seperti asal akan kembali cerah disebabkan oleh ketiadaan sel yang mampu mengekalkan pigmen dalam kulit.
vitiligo pada tangan
Kebiasaannya vitiligo menyerang bahagian badan yang terdedah seperti tangan, kaki dan muka. Di wajah, vitiligo kerap berlaku di bahagian kulit tepi bibir, hidung dan mata.
Kesan vitiligo boleh berlaku sama ada secara simetri atau tidak simetri, maksudnya sekiranya bahagian kulit di keliling mata kanan terkena vitiligo, boleh jadi mata kiri akan turut mengalami masalah yang sama di bahagian yang sama atau hanya berlaku di mata kanan sahaja.
Nampak seperti kesan terbakar – vitiligo tidak menyakitkan sebaliknya pesakit tidak akan merasakan apa-apa perubahan pada dirinya. Hanya warna kulit yang bertukar menjadi lebih cerah.
Itulah yang berlaku pada mendiang Michael Jackson, cuma persoalan yang perlu dijawab – kenapa wajahnya bertukar cerah secara keseluruhan?
Kesan ubat yang mencerahkan kulit
michael jackson ketika usia 20 tahun
Bagi pesakit vitiligo, tidak ada banyak pilihan untuk mereka dalam melawan perubahan tona kulit ini. Individu berkulit gelap khasnya, proses untuk menggelapkan kembali kulit mereka agar sekata merupakan satu proses yang sangat sukar.
Jadi mereka tidak ada jalan lain, selain daripada mencerahkan keseluruhan kulit yang terjejas. Untuk menyamaratakan warna kulit agar semuanya cerah, pesakit vitiligo akan menggunakan sejenis krim yang dinamakan Benoquin – sejenis ubat khas yang hanya akan berkesan pada pesakit vitiligo.
Krim ini akan mematikan keseluruhan pigmen kulit pada bahagian yang disapu, seterusnya menghasilkan kulit yang sekata dan hasilnya adalah kulit yang lebih cerah sehinggakan kecerahannya seakan kulit mampu jadi seakan tiada warna.
Malangnya disebabkan oleh ketiadaan lagi pigmen dalam kulit – permukaan kulit menjadi lebih sensitif kepada cahaya, memerlukan pesakit vitiligo keluar rumah dengan memakai krim pelindung matahari setiap masa. Seseorang pesakit vitiligo juga dinasihatkan agar memakai pakaian yang menutupi kulit mereka yang terjejas serta merajinkan diri menggunakan payung, seandainya perlu terdedah pada matahari.
Semua simptom ini selari dengan kondisi hidup Michael Jackson, namun kisah beliau dan penyakit kulit unik ini tidak dikongsikan – sebaliknya lebih ramai yang menuduh Jackson malu berkulit hitam, sanggup memutihkan dirinya dengan peluntur kulit.
Berikutan perubahan kulitnya yang ketara, Michael Jackson memilih untuk menyembunyikan penyakit yang dihadapinya dengan ubat krim dan sanggup mewarnakan bibirnya dengan cacahan warna merah jambu – agar wajahnya senantiasa nampak sesuai dengan statusnya sebagai Raja Pop No. 1 dunia.
Begitulah kisah sebenar mengapa Raja Pop No. 1 dunia Michael Jackson bersalin kulit. Anda ada kenal mereka yang turut dijangkiti masalah ini? Kami doakan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.
BACA:
Kapal ini dah karam 500 tahun lalu, rupanya ada syiling emas bernilai RM80 Billion