Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu.

Fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam,

Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu

suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya.

Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

BACA:

“Aok down ke tu?”, Wanita ini dedah sisi gelap buruh ladang viral, tak sangka dia macam tu

“Aku ajak tunang tolong aku kemas tudung time cuti sem dekat rumah sewa, aku silap bila dia suruh aku mandi sekali ini yang jadi”