Kenapa parcel dari China banyak gambar budak ini? Ini kisah sedih disebalik gambar ini

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Kenapa parcel dari China banyak gambar budak ini? Ini kisah sedih disebalik gambar ini

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membeli barang dari China, sama ada untuk keperluan sendiri atau untuk berbisnes.

Pun begitu, satu perkongsian dari Twitter @/magmalaya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya netizen

Kenapa parcel dari China banyak gambar budak ini? Ini kisah sedih disebalik gambar ini

apabila dia menunjukkan sebuah kotak yang diterimanya dari supplier China.

Kotak ada wajah budak hilang sejak tahun 1998

Menerusi posting itu, terpampang wajah seorang kanak-kanak yang dicetak pada kotak berkenaan yang mana didakwa telah hilang sejak tahun 1998.

Pemilik tweet berkenaan juga menjelaskan walaupun sudah 25 tahun berlalu, namun ibu bapa kanak-kanak tersebut masih tidak putus asa dalam mencari anaknya yang hilang.

Malah perkara ini juga ada kaitan dengan sindiket penculikan kanak-kanak di China yang sangat menakutkan.

Hasil terjemahan beberapa netizen di ruang komen juga mendedahkan kanak-kanak lelaki bernama Wang Yu Yun itu dilahirkan pada 28 Januari 1993 dan mempunyai parut jahitan pada atas telinga kirinya.

Dia juga dikatakan hilang ketika bermain di hadapan sebuah kedai gunting rambut dekat bandar Jin Cheng.

Inisiatif yang dijalankan platform jual beli dari China itu juga katanya sebelum ini telah berjaya menemukan tiga orang kanak-kanak yang hilang.

“Sedihnya, tahun ni umur 30 dah patutnya”
Rata-rata netizen yang membaca posting tersebut meluahkan rasa simpati dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang masih tak putus asa walaupun sudah 25 tahun kehilangan anak mereka.

Ada juga mengatakan kes kanak-kanak hilang di China merupakan insiden kerap kali berlaku dan ramai menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau keberadaan anak-anak.

BACA: ’Lepas anak, mak pula’, Shila Amzah kahwin sabtu ini, status IG ibunya undang persoalan apa jadi dengan ND Lala