Kenapa PN beria cadang pengeluarn KWSP 5.0? Rupa-rupanya nak alih perhatian Skandal Jana Wibawa.
Pembangkang mainkan isu KWSP adalah ahli politik pemalas, populis dan tidak bertanggungjawab.
Semasa rakyat disuruh keluarkan duit sendiri KWSP, pemimpin Perikatan Nasional mencuri berbillion billion harta negara melalui Skandal Jana Wibawa.
Perompak-perompak yang kaya raya inilah yang menjadi jaguh memainkan isu KWSP kononnya mereka prihatin kesusahan rakyat.
Sebenarnya, yang mereka mahukan ialah menutup skandal rasuah besar besaran yang sedang didakwa.
Cybertrooper pembangkang yang membuat bising di Internet, mereka pun tidak ada simpanan kwsp atau simpanan mereka telah susut dengan teruk dan tak mungkin lagi boleh dikeluarkan.
Semasa lockdown, KWSP dibenarkan keluar sebanyak empat kali dan simpanan hari tua rakyat menjadi semakin susut.
Pengeluaran pada waktu itu dianggap wajar kerana ekonomi ditutup. Tetapi kini semua ruang ekonomi dibuka dan rakyat boleh berusaha menambah pendapatan tambahan seterusnya merancakkan semula ekonomi.
Akibat pengeluaran kwsp, 145billion dikeluarkan dan inflasi mencanak naik sehingga menekan rakyat dengan harga barang melambung tinggi.
Sebahagiannya mengunakan simpanan hari tua mereka untuk berbelanja barangan bukan keperluan.
Rakyat yang tidak mencarum dan tidak terlibat pengeluaran ini juga terkesan disebabkan inflasi ini.
Bukan itu sahaja, mereka terpaksa membayar faedah bank lebih mahal apabila OPR terpaksa dinaikkan akibat inflasi ini.
Maksudnya, pengeluaran KWSP boleh melegakan dan menyeronokkan sebahagian kecil pencarum tetapi sebenarnya akan menyusahkan 25juta rakyat Malaysia yang lain.
Mereka ini rakyat marhaen, peniaga kecil, petani, suri-suri rumah, mahasiswa penganggur dan individu yang tiada akaun KWSP atau simpanan mereka telah susut dengan teruk selepas 4 kali keluaran.
Bila harga barang naik, pembangkang bising. Bila kerajaan cuba lawan Inflasi dengan mengawal pengeluaran kwsp, pembangkang tetap bising.
KWSP juga terpaksa cairkan banyak aset saham dan ini akan menjejaskan dividen kesemua pencarum selain menyebabkan pasaran modal menjadi tidak stabil.
Negara-negara lain yang membenarkan pengeluaran seumpama ini telah pun menghentikan kebenaran kerana Ekonomi sudah berjalan.
Rakyat sepatutnya berhati-hati dengan kempen ahli politik yang lebih pentingkan melindungk skandal rasuah mereka dan bukannya mengutamakan kesusahan rakyat.
“Waktu ambil wudhu tu, saya letak lampu suluh di tepi tiba-tiba tangan kanan rentap dengan buaya”