Khairul Aming, seorang influencer dari Kelantan yang terkenal dengan pelbagai resepi masakan, juga dikenali sebagai seorang usahawan berjaya
Dia yang telah menjual jutaan botol Sambal Nyet dan kini memperkenalkan produk makanan terbarunya, iaitu Dendeng Nyet Berapi.
Baru-baru ini, Khairul Aming memberikan jawapan kepada pertanyaan seorang netizen mengenai status sijil halal kilangnya yang belum diperolehi.
Diketahui bahawa individu tersebut telah menunggu sejak tahun 2022, tetapi sehingga kini kilang Khairul Aming masih belum mendapat sijil halal dari JAKIM.
Khairul Aming menjelaskan bahawa kilangnya kini sedang melalui beberapa proses. Langkah pertama adalah untuk mendapatkan sijil MeSTI, yang menjamin kebersihan kilang dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Proses untuk mendapatkan sijil MeSTI memakan masa dua tahun kerana kilang Khairul Aming bermula dari awal. Baru pada 31 Januari 2024, dua hari sebelum pelancaran Dendeng Nyet, kilangnya berjaya memperolehi sijil tersebut.
Selepas ini, Khairul Aming akan meneruskan proses untuk mendapatkan pensijilan halal. Setelah berjaya mendapatkan sijil halal dari JAKIM, beliau merancang untuk mengeksport produknya ke luar negara.
Dengan itu, persoalan ramai mengenai status halal kilang Rasapop milik Khairul Aming akhirnya terjawab dengan baik.
BACA: “Anak mengadu lapar, aku termarah dia, aku paksa dia tidur awal supaya tak mengadu lapar lagi”