Kenapa seluar jeans memang wajib warna biru? Kenapa tak warna merah? Ini jawapannya

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa seluar jeans memang wajib warna biru? Kenapa tak warna merah? Ini jawapannya

Siapa sahaja yang tidak pernah memiliki seluar jeans? Seluar inilah yang biasanya menjadi kesukaan ramai orang dan ia dilihat sebagai satu fenomena fesyen dalam dunia pakaian.

Bukan setakat seluar jeans skinny yang ada di pasaran, malah straight cut, slim fit dan bowcut juga menjadi salah satu pasaran terbesar seluar jeans.

Kenapa seluar jeans memang wajib warna biru? Kenapa tak warna merah? Ini jawapannya

Kalau style seluar jeans pun dan bermacam-macam bentuk, belum lagi sentuh mengenai warna. Warna juga menjadi salah satu ‘identiti’ yang ada pada seluar jeans. Tetapi warna yang paling tak pernah lupus pada seluar ini adalah warna biru.

Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya, kenapalah asal sebut seluar jeans mesti nak warna biru, kan? Belilah warna lain pun, warna biru tetap menjadi pilihan di hati masing-masing.

Ternyata ada sebab mengapa kebanyakan seluar jeans adalah berwarna biru. Nak ketahui lebih lanjut? Mari kita rungkaikan persoalan tersebut menerusi perkongsian Mental Floss di bawah.

Menurut Mental Floss, biru merupakan warna asas kepada seluar jeans. Malah warna biru ini juga mudah dipadankan dengan apa sahaja jenis pakaian.

Menurut Reader’s Digest menerusi Mental Floss Levi Strauss merupakan individu yang terkenal kerana mempopularkan pemakaian seluar jeans, namun dia bukanlah individu pertama yang mula memperkenalkan warna biru denim ini.

Sifat kimia yang ada pada warna biru

Warna biru dipilih sebagai warna seluar jeans kerana ia mempunyai sifat kimia. Sebahagian warna lain apabila menembusi kain jeans pada suhu panas akan membuatkan hasilnya kurang menarik.

Tetapi berbeza dengan warna biru, walaupun sudah dicuci dan sebahagian warnanya akan luntur ia tetap memberi kesan cantik. Malah ia menjadikan seluar tersebut semakin lembut dan memberi sedikit kesan usang.

Disebabkan itulah warna jeans biru ini menjadi kegemaran orang ramai hingga ke hari ini.

Pewarna indigo sintetik memberi kelainan kepada seluar jeans
Difahamkan, kebanyakan seluar jeans diperbuat daripada pewarna indigo sintetik. Warna ini membuatkan seluar jeans itu tampak lebih lembut jika anda memakainya.

Jika seluar jeans anda dibasuh beberapa lama kemudian ia mungkin memberikan kesan seluar jeans yang tak berapa nak sekata. Tetapi berbeza jika anda terus membasuh seluar jeans anda.

Seluar jeans yang dibasuh segera dapat menghasilkan corak yang pudar (luntur) dan unik kepada pemakai.

Corak pudar yang unik ini menjadi pilihan masyarakat untuk memilih warna seluar jeans ini.

Dalam pada itu, Levi Strauss juga merupakan antara individu yang mula mempatenkan denim biru ini dengan kancing kecil (rivet) pada seluar.

Kebiasaannya, seluar jeans yang dibeli mesti mempunyai rivet ini. Rivet tersebut bukanlah sekadar hiasan semata-mata, malah ia turut mempunyai kegunaan.

Rivet’ atau paku poket yang panggil sebagai stud perak atau tembaga bulat, ia selalunya terletak pada hujung poket seluar jeans.

Menurut Daily Star, ia merupakan ciri penting bagi seluar jeans dan telah mula dicipta sejak tahun 1873 oleh Jacob Davis dan Levi Strauss, pengasas syarikat jeans global Levi Strauss & Co.

Untuk pengetahuan anda, rivet ini mula ditambahkan pada seluar jeans untuk menyatukan tempat yang berkemungkinan akan terurai. Sebagai contoh, poket.

BACA:

Jika projek terusan Segenting Kra di Thailand wujud, ini yang bakal terjadi pada Malaysia