Kenapa ya? Kita selalu kena gigit nyamuk tapi orang sebelah tak kena pun, rupanya ini sebabnya.
Pernahkan anda merasa pelik kenapa ketika berkumpul bersama orang lain,
anda selalu menjadi sasaran nyamuk sedangkan ada ramai lagi orang yang berada di tempat sama? mesti rasa pelik bukan?
Sebenarnya nyamuk-nyamuk ini memang ada kriterianya sendiri mengenai siapa orang yang lebih disukainya untuk digigit.
Dipetik daripada TIME, Dr Jonathan Day daripada Universiti Florida, merumuskan sebab kenapa nyamuk suka kepada orang tertentu, dan tidak pada sesetengah orang lain.
Di bawah ini merupakan ciri-ciri yang kemungkinan ada pada anda yang menjadikan anda sasaran kegemaran nyamuk.
Jenis Darah
Mereka yang mempunyai darah O lebih senang digigit nyamuk berbanding mereka yang mempunyai darah A.
Wanita Mengandung
Wanita mengandung dan mereka yang obes lebih mudah digigit nyamuk kerana golongan ini mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Tambah lagi, golongan ini menghasilkan lebih gas karbon dioksida, menyebabkan nyamuk suka akan mereka.
Baju Hitam dan Gelap
Mereka yang memakai pakaian gelap seperti hitam lebih mudah digigit nyamuk.
Orang Dewasa
Berbanding dengan kanak-kanak, orang dewasa lebih mudah digigit nyamuk kerana saiz mereka yang lebih besar.
Masa Senja dan Awal Pagi
Nyamuk lebih aktif pada waktu-waktu ini kerana ketika ini kurangnya angin bertiup, menyebabkan nyamuk senang untuk terbang mencari mangsa.
Walaupun kita sememangnya tidak dapat menghapuskan populasi nyamuk, namun kita boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengurangkan kebarangkalian kita digigit nyamuk dengan sentiasa membersihkan halaman rumah dan pastikan tiada tempat air bertakung.
BACA:
Azalina dedah kenapa sekarang UMNO sokong DAP yang buat ramai rakyat tak tahu