Kenapa Yang di-pertuan Agong ke-17 tidak memakai tanjak sewaktu pertabalan? Ini sebabnya ramai nak tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Keturunan Sultan sekarang berasal dari darah keturunan Temenggong Tun Daeng Ibrahim.

Kesultanan Johor yang asal berakhir semasa pemerintahan Sultan Ali atau Tengku Ali kerana beliau tidak diiktiraf oleh British.

Oleh itu, Temenggong Tun Daeng Ibrahim, yang membuka Tanjung Puteri, tidak menggunakan gelaran ‘Sultan’.

Beliau menggunakan gelaran ‘Raja Temenggong Tun Ibrahim’ atau Seri Maharaja Johor.

Ini merupakan syarat yang ditetapkan oleh Sultan Ali kepada Temenggong Tun Daeng Ibrahim jika beliau ingin memerintah Johor.

Syarat-syaratnya termasuk:

Tidak dibenarkan memakai tanjak/tengkolok/destar kerana tanjak ini sebelum kesultanan Melayu Melaka lagi, digunakan hanya oleh golongan bangsawan dan orang berada

Kenapa Yang di-pertuan Agong ke-17 tidak memakai tanjak sewaktu pertabalan? Ini sebabnya ramai nak tahu

Ini menunjukkan kemuliaan darjat seseorang dalam masyarakat, dan terdapat pelbagai jenis tanjak yang membezakan darjat dalam masyarakat.

Tidak boleh ‘dinafirikan’ kerana alat muzik ini dianggap ‘mulia’ dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh memainkannya, diiringi dengan alunan nafiri (kononnya semacam ‘bertuan’ alat muzik ini), dan beberapa syarat lain.

Selepas itu, gelaran ‘Sultan’ baru digunakan semula oleh ‘Ungku Abu Bakar’ atau Sultan Abu Bakar/Sir Abu Bakar sehingga kini.

BACA: “Tengah malam dapat notifikasi FB, ada orang nak berkawan, bila tengok gambar, perempuan tu tengah duduk bersanding dengan suami saya”