Kenapa YB Melayu Islam tak rasa bersalah ambil rasuah politik?

Kenapa YB Melayu Islam tak rasa bersalah ambil rasuah politik?

Kenapa YB Melayu Sanggup Makan Rasuah, Bukanlah Haram.

Rasuah hukumnya haram. Tidak berkat hidup. Daging yang makan benda yang haram, tempatnya di neraka.

Selepas peristiwa kerajaan Perak 2009, saya berjumpa seorang YB berbangsa India dari Perak. Dia beritahu saya bagaimana wakil UMNO berjumpa dengan dia, meminta untuk lompat parti menyertai BN, dan dilantik menjadi EXCO. Perak ketika itu perlukan EXCO India.

Katanya jika setuju habuannya agak lumayan. Selain jadi EXCO, habuan tunai juga diberi. “YB RM 300,000 tunai sekarang, tiket kapal terbang siap disediakan bakinya RM 2 juta di bayar di luar negara” Tetapi YB India ini menolak tawaran.

Tetapi YB Melayu ambil habuan itu dan terus lompat parti. Tak tahu haram ke? . Selepas habis penggal tak tahu ke mana mantan YB tersebut. Ingat 2009 enam YB PKR lompat parti.

YB PAS juga ada yang terlibat, sanggup ambi habuan. Sekarang ada kes mahkamah melibatkan bekas pimpinan PAS. Dituduh salah guna kuasa menggunakan dana NGO.. Tak tahu ke ia haram?

Dalam peristiwa kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang berbagai habuan dan jawatan dijanjikan. Ada yang tunai ada juga jawatan. Tidak rasa bersalah ke, mengambil benda haram. Semuanya melayu.

Tawaran yang sama juga diberi kepada YB India dan Cina, untuk jawatan Menteri, tetapi mereka menolak.

Dikhabarkan tawaran sehingga RM 10 juta. Jika sanggup lompat parti.

Ingatan saya kepada para YB, ingatlah hidup hanya sementara. Saya jumpa ramai mantan YB kini sudah tua, banyak penyakit, uzur, anak anak entah ke mana, rupanya itu semua hanya fantasi seketika di dunia.

Sumber: