Pasti ramai kaum wanita yang berdebar-debar setiap kali memasang kepala gas kan? Lagi-lagi buat mereka yang baru berjinak-jinak di dapur.
Lagi menTetapi jangan panik ya! Ikut saja cara di bawah untuk atasi masalah tersebut.
Kepala gas berbunyi dan berbau, jangan panik, cuba ikut cari ni mesti jadi
Apabila dengar bunyi gas keluar sudah pastilah ada gas yang keluar daripada tong gas tersebut.
Kalau dibiarkan bahaya. Apa kata kita cuba buat sendiri cara menghilangkan bunyi gas keluar itu.
Saya nak kongsi ilmu mengenai “Tong Gas” bila pasang kepala gas untuk gas yg baru, lepas tu ada bunyi gas keluar..cara atasi
Step 1…getah hitam kat dlm kepala gas tu…
Step 2…keluarkan getah tu guna pisau ke apa2 saja benda yg tirus,yg boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tuu..
Step 3: bila dah keluar terbalikan getah hitam tu,lepas tu masukkan semula
Step 4…tekan terus bg rapat guna jari pon boleh…
*kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yg lain masukkan dalam tuu
*Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yg sepatutnya untk tengokkan.
Edit:
Ramai jugak yg guna cara lilit getah di kepala luar tu ye…itu pun memang membantu dan berkesan…tapi kalau ikut kata suami saya dia x galakkan sya pun x tau la kenapa…😅
*suami saya bekerja bahagian gas memasak🤭
Kredit: Arm Ika