Keputusan PKR wajar dihormati – MSO

Keputusan PKR wajar dihormati – MSO

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat satu ketetapan dan keputusan yang ditunggu-tunggu oleh para penyokong parti berkenaan dan juga mereka yang mendambakan presidenya Anwar Ibrahim menjadi pemimpin nombor satu negara.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya (MPP) hari ini bersama ahli parlimen parti itu telah membuat keputusan untuk tidak sedia menyokong Dr Mahathir Mohamad jadi PM sekali lagi, bagaimana pun parti itu terbuka untuk beruding dan berpakaat dengan Mahathir demi menyelamatkan negara daripada disamun.

Ketatapan lain diambil juga, parti itu kekal menerima keputusan PH untuk melantik Anwar sebagai pemimpin utama sekiranya pakatan itu memperolehi kuasa.

Keptusan yang dicapai itu hendaklah dihormati semua pihak khususnya mereka yang masih mencongak dan masih percaya kononnya Mahathir cukup sokongan dan perlu disokong untuk membolehkan kerajaan PH yang dicuri itu dikembalikan. Apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah hak dan “preventif”nya.

Bagi saya secara peribadi tidak merupakan sesuatu yang salah kalau parti itu tidak mempercayai atau sedia memberi laluan sekali lagi kepada Mahathir untuk menjadi perdana menteri setelah peluang diberikan tetapi gagal dimanfaatkan oleh bekas PM itu. Paling mengecewakan PKR juga apabila, beliau tidak pernah memberi komitmen untuk sedia melaksanakan konsensus dicapai oleh PH untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sejak memegang jawatan PM 22 bulan lalu.

Bertolak dari itu wajar kalau PKR mengambil keputusan tegas seperti mana diumumkan dalam kenyataan media yang disebarkan hari ini itu.

Mungkin adalah baiknya kalau dua lagi komponen PH, DAP dan Amanah serta empat orang ahli parlimen yang bersama Mahathir juga mengeluarkan kenyataan balas sebagai respon terhadap sikap PKR itu. Trims.

Sumber :