Kerajaan carilah jalan keluar dari PKP, rakyat dah makin sengsara

Kerajaan carilah jalan keluar dari PKP, rakyat dah makin sengsara

Saya fikir kerajaan tidak lagi wajar meneruskan PKP setelah tamat tempoh 12 Mei ini.

Carilah kaedah yang sesuai agar rakyat boleh mencari rezeki. Sudah tidak tertanggung lagi oleh rakyat kesukaran yang terpaksa dilalui sepanjang tempoh PKP ini. Bukan rakyat tidak mahu patuh, tapi carilah jalan keluar untuk rakyat terus hidup.

Setiap perkara ada batasannya. Rakyat ada keluarga yang mahu ditanggung. Ada anak kecil perlukan susu. Ada keperluan hidup yang mendesak. Berapa lama lagi perlu tanggung? Jangan fikir semua orang ada pendapatan tetap. Jangan fikir semua orang ada wang simpanan.

Fikirlah apa-apa cara pun … pemimpin kerajaan kenalah cerdik dan kreatif. Dah sebulan lebih dah PKP ini, takkan tak ada idea lain. Kalau dah jadi menteri, gaji berpuluh ribu tetapi cuma pandai mengurung rakyat sahaja untuk menghadapi wabak Covid-19 ini leceh sangatlah. Bukan rakyat sahaja perlu inovatif untuk meningkatkan penghasilan ekonomi, pemimpin kerajaan dan para menteri juga mestilah lebih inovatif.

Rakyat bayar gaji kamu puluhan ribu, takkan kamu hanya tahu macam mana mahu kurung rakyat sendiri. Jadilah lebih cerdik!

Smuber: