Kerajaan di Amerika Utara perkenal hukuman 5 tahun penjara kalau lupa birthday isteri

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Ulang tahun kelahiran merupakan satu hari yang dinanti-nantikan, terutamanya oleh wanita yang mahu pasangan mereka mengingati tarikh bersejarah tersebut.

Bagaimanapun, terdapat suami yang terkadang tidak dapat mengingati hari istimewa itu, walaupun mereka telah lama berumah tangga.

Walaupun memaafkan dan melupakan sering kali dianggap sebagai langkah terbaik untuk mendamaikan hubungan,

Kerajaan di Amerika Utara perkenal hukuman 5 tahun penjara kalau lupa birthday isteri

undang-undang di Samoa mempunyai pendekatan yang berbeza dalam hal ini.

Di sana, suami diwajibkan untuk mengingati tarikh ulang tahun isteri, dan jika gagal melakukannya, mereka mungkin menghadapi hukuman penjara maksimum selama lima tahun.

Hukuman ini diatur oleh undang-undang negara dan masih berkuat kuasa di Samoa. Suami yang lupa hari lahir isteri mereka akan diberi amaran, dan sekiranya kesilapan berulang, mereka mungkin dikenakan denda atau mungkin dihukum penjara.

Undang-undang ini menetapkan hukuman maksimum lima tahun penjara bagi kesalahan ini, dan terdapat pasukan khas di Samoa yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang tersebut.

Apabila aduan dibuat kepada polis, pasukan ini akan bertindak segera untuk menyelesaikan perkara tersebut.

BACA:Lagi kes kanak-kanak hilang, rupanya kena jual dalam aplikasi cari jodoh terkenal