Kerajaan edar 95 juta kondom percuma kepada rakyat

Oleh GEMILANGDAILY

Kerajaan edar 95 juta kondom percuma kepada rakyat. Kerajaan mula mengedarkan 95 juta kondom percuma untuk membendung penyakit kelamin (STD) dan kehamilan bawah umur.

Langkah itu satu promosi kepada penduduknya melakukan seks selamat menjelang Hari Kekasih, pertengahan bulan ini.

Jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata, pemegang kad penjagaan kesihatan universal layak menerima 10 kondom seminggu selama setahun, berkuat kuasa hari ini.

Katanya, kondom itu tersedia dalam empat saiz dan boleh didapati di farmasi dan unit penjagaan primer hospital seluruh negara.

Kerajaan edar 95 juta kondon percuma kepada rakyat

“Kempen untuk memberikan kondom percuma kepada pemegang kad emas akan membantu mencegah penyakit dan menggalakkan kesihatan awam.

“Antara penyakit yang ingin dicegah kerajaan ialah sifilis, kanser serviks, gonorea, klamidia dan Aids,” katanya seperti dilaporkan Bloomberg.

Thailand menyaksikan peningkatan STD dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan sifilis dan gonorea menyumbang lebih separuh daripada kes pada 2021, menurut data rasmi terkini.

Kumpulan umur yang paling terjejas adalah mereka antara 15 hingga 19 tahun dan 20 hingga 24 tahun.

Pada 2021, 24.4 remaja perempuan Thailand dalam kumpulan umur 15 hingga 19 tahun melahirkan anak daripada setiap 1,000 orang, berbanding kadar global sebanyak 42.5 untuk kumpulan umur sama tahun itu.

Kira-kira 50 juta daripada hampir 70 juta rakyat Thailand mendaftar dalam skim penjagaan kesihatan universal kerajaan atau dikenali sebagai kad emas.

Kad itu digunakan untuk menerima beberapa rawatan perubatan di hospital awam dan swasta terpilih.

BACA: 

‘Syukur sekarang duit tak lesap dah, kalau dulu faham2 lah’ – Mawar

Azmin Ali calon tunggal Menteri Besar Selangor dari PN