Memiliki kekayaan pada usia muda pastinya menjadi impian bagi generasi milenial. Namun, tanpa usaha keras, impian itu hanya akan kekal sebagai angan-angan.
Inilah yang dialami oleh seorang wanita bernama Alexandra Andresen yang berasal dari Norway.
Pada usia muda, dia sudah tersenarai antara individu terkaya di dunia, menduduki tempat ke-2141.
Menurut laporan Forbes Real Time, gadis usia 24 tahun miliki kekayaannya kini mencecah kira-kira RM5 bilion.
Kekayaan Alexandra berasal daripada warisan ibu bapanya, Johan Andresen, dalam bentuk pegangan saham sebanyak 42% dalam syarikat pelaburan keluarga, Ferd.
Bukan hanya Alexandra, hartanya juga dikongsi dengan kakaknya, di mana kedua-duanya mewarisi 42% kekayaan ibu bapa mereka masing-masing.
Alexandra disahkan sebagai jutawan termuda di dunia setelah kerajaan Norway memperkenalkan cukai baharu untuk mereka yang berumur lebih dari 17 tahun.
Walaupun muda dan kaya, Alexandra dikenali sebagai seorang yang rendah diri. Difahamkan bahawa dia hanya memandu kereta biasa dan tidak suka menunjuk-nunjuk.
Sebagai anak seorang jutawan, kehidupan Alexandra juga agak luar biasa. Pada hari-hari biasa, dia merupakan seorang penunggang kuda profesional.
BACA: ‘Perkahwinan bukan alat keuntungan politik dan nafsu untuk kuasa’