Kerajaan janji tak ganggu siasatan kertas Pandora – PM

Kerajaan janji tak ganggu siasatan kertas Pandora – PM

Kerajaan janji tak ganggu siasatan kertas Pandora.Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan Putrajaya tidak akan campur tangan sekiranya agensi penguatkuasaan memilih untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kebocoran Kertas Pandora.

“Kita (kerajaan) terbuka dan kita menyerahkannya kepada badan-badan penguatkuasaan, seperti SPRM untuk membaca laporan itu,” katanya kepada pemberita.

Ismail berkata, berdasarkan penemuan mereka, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja.

“Tetapi mereka mesti membuktikannya,” katanya selepas lawatan di perumahan awam Seri Perak di sini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah meminta Dewan Rakyat untuk membahaskan mengenai kebocoran Kertas Pandora setelah beberapa nama besar dinamakan memiliki akaun luar negara, termasuk di Kepulauan Virgin dan beberapa lokasi lain.

Anwar berkata, belum ada kenyataan dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis -terutama jabatan jenayah komersial- dan SPRM mengenai perkara itu.

Beliau telah mengemukakan tiga usul untuk membahaskan isu tersebut tetapi dua ditolak oleh Speaker Azhar Azizan Harun, sementara usul yang ketiga masih dalam pertimbangan Dewan Rakyat.

BACA: Ura-ura 3 penjuru, pemimpin Bersatu ziarah Hadi

CATEGORIES