Kerajaan komited basmi miskin tegar – Program inisiatif pendapatan rakyat diperkenal, Mohon Segera!

Oleh GEMILANGDAILY

Kerajaan komited basmi miskin tegar – Program inisiatif pendapatan rakyat diperkenal, Mohon Segera!. IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan

IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

Kerajaan komited basmi miskin tegar - Program inisiatif pendapatan rakyat diperkenal, Mohon Segera!
Syarat-syarat pemohon:

Warganegara Malaysia

Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Kategori Inisiatif Pendapatan Rakyat

Usahawan Tani

Usahawan Makanan

Operator Perkhidmatan

Sertai Komuniti IPR (Off-Takers)

Adakah anda syarikat pertanian yang mencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman mereka?

Adakah anda ingin membantu peniaga kecil menjual makanan mereka secara mudah dan murah pada kualiti yang berpatutan?

Adakah anda ingin mencari pekerja sambilan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan?

Sertai komuniti IPR dan anda akan dipadankan atau dihubungkan dengan mereka yang memohon di IPR.

Siapakah sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini:

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Syarikat pertanian

Rantaian peruncitan makanan

Pengeksport

Agensi-agensi kerajaan berkaitan

Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Pengusaha mesin menjual (vending machine)

Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka

Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri

Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat

Stesen-stesen LRT

Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis

Premis-premis agensi kerajaan

BACA:

Suami sibuk dengan perempuan lain, aku dengan anak dah lemas ni dia tak perasan, rupa-rupanya ini semua plan mak mertua aku

Pelajar tingkatan 4 dari Sarawak hanya perlukan 16saat untuk ‘jackpot’ RM44,000, Ini cara pantas dia dapatkan