Kerajaan Malaysia beri amaran pada China, jangan jadikan Malaysia tempat elak tarif Amerika

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Malaysia menggesa syarikat China untuk tidak menggunakan negara ini sebagai pangkalan pengeluaran semula (rebadge)

Produk bagi mengelak tarif Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Ini berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan eksport dan kebimbangan perang perdagangan AS-China.

Washington dijangka terus mengekang eksport kepada pembuat alat semikonduktor China dan penjualan peralatan

pembuatan cip tertentu, termasuk produk yang dikeluarkan di Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Kerajaan Malaysia beri amaran pada China, jangan jadikan Malaysia tempat elak tarif Amerika

Malaysia merupakan pemain utama dalam industri semikonduktor, menyumbang 13 peratus daripada ujian dan pembungkusan global.

Chin Tong menasihatkan perniagaan dari China supaya tidak melabur di Malaysia jika tujuan mereka hanya untuk mengelak tarif AS.

Beliau menyatakan bahawa AS akan terus mengenakan tarif, tidak kira di bawah pentadbiran Demokratik atau Republikan, seperti yang dilihat dalam sektor panel solar.

Washington telah mengenakan tarif ke atas eksport solar dari Vietnam, Thailand, Malaysia dan Kemboja, lokasi kilang milik firma China, dan memperluaskannya pada Oktober berikutan aduan daripada pengilang di AS.

Presiden terpilih AS, Donald Trump, mengancam untuk mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas semua import China apabila beliau memegang jawatan pada 20 Januari depan.

BACA: Tak dapat majoriti sokongan rakyat punca Presiden Korea umum darurat