Malaysia kini dilihat sebagai ‘harta karun’ dalam dunia teknologi, dengan beberapa tahun kebelakangan ini
Kerana berjaya menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat teknologi terbesar dunia yang berbondong-bondong membina pusat data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
Media Indonesia melaporkan bahawa langkah Malaysia ini adalah signifikan dan positif untuk industri tempatan,
selepas laporan P&S Intelligence meramalkan pertumbuhan pesat ‘harta karun’ dalam sektor ini dijangka mencecah AS$ 622.4 bilion (RM2.94 trilion) menjelang 2030.
Antara syarikat terbesar yang melabur di Malaysia adalah ByteDance, yang mengeluarkan sekitar RM10 bilion, diikuti dengan Google yang melabur AS$ 2 bilion,
serta Microsoft yang membeli 49 hektar tanah di Johor dengan nilai AS$ 2.2 bilion. Oracle pula mengumumkan pelaburan bernilai US$ 6.5 bilion di Malaysia.
Dahulu, Virginia Utara di Amerika Syarikat dianggap sebagai pasaran pusat data terbesar di dunia. Namun, dengan permintaan yang semakin meningkat, rantau itu tidak lagi mampu menampung semua keperluan syarikat teknologi besar.
Oleh itu, Malaysia kini dianggap sebagai destinasi utama bagi syarikat-syarikat ini untuk datang dan bekerjasama dalam membina pusat kemudahan yang menyokong teknologi dunia moden. Lokasi Malaysia yang berdekatan dengan Singapura juga merupakan salah satu faktor utama yang menarik pelaburan syarikat-syarikat ini.
Rangu Salgame, Ketua Pegawai Eksekutif Princeton Digital Group, berkata bahawa pembinaan kemudahan pusat data di Johor bukan sahaja untuk keperluan tempatan tetapi juga untuk keperluan AI di peringkat global.
Pertumbuhan pesat industri pusat data dan teknologi AI akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat utama yang akan berkembang dalam masa terdekat.
Ini juga membuka peluang kepada syarikat startup tempatan untuk mengambil bahagian dalam industri yang semakin berkembang, dengan tumpuan yang lebih besar kepada inovasi masa depan dan memanfaatkan bakat baharu yang ada di Malaysia.
BACA:Cara hasilkan sardin homemade, confirm tulang ikan pun mudah hancur sama macam sardin dalam tin!