Kerajaan negeri boleh disaman syarikat jika tak ikut PKPB

Kerajaan negeri boleh disaman syarikat jika tak ikut PKPB

Kerajaan negeri yang enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan perintah kawalan pergerakan (PKP) berisiko disaman berbilion ringgit oleh syarikat yang menuntut ganti rugi kerana dihalang membuka semula perniagaan, kata sumber yang tahu tentang pengurusan krisis Covid-19 kepada FMT.

Ini selepas beberapa negeri yang ditadbir Pakatan Harapan mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPD) tersendiri, termasuk Selangor yang memperkenalkan PKPD diubah suai, yang melarang kebanyakan perniagaan dibuka semula walaupun dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN adalah badan yang dinasihati Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan lain dalam pengurusan PKP yang berkuatkuasa sejak 18 Mac, kawalan yang mengakibatkan kegiatan ekonomi terhenti kecuali beberapa sektor tertentu.

Bagaimanapun pada 1 Mei, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB, yang membenarkan kebanyakan perniagaan dan pejabat sambung operasi dengan garis panduan tentang Covid-19 untuk sektor-sektor.

Muhyiddin berkata Malaysia berisiko kerugian hampir RM100 bilion jika perniagaan berterusan dilarang.

Sumber di Jabatan Peguam Negara yang tidak mahu dinamakan berkata undang-undang negeri tidak boleh menggantikan undang-undang persekutuan.

“Negeri-negeri boleh keluarkan garis panduan dan mungkin boleh adakan undang-undang tersendiri tetapi tidak boleh bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

“Sarawak contohnya ada Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam tetapi ia hanya boleh melengkapi undang-undang persekutuan, bukan bertentangan dengannya,” katanya kepada FMT.

Katanya, kerajaan negeri tiada kuasa untuk secara unilateral menghentikan perniagaan yang sudah dibenarkan dibuka bawah PKPB.

“Isu utama adalah sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan perniagaan dibuka sedangkan undang-undang persekutuan kata boleh. Kerajaan negeri boleh disaman syarikat-syarikat itu.”

Pakar undang-undang beritahu FMT kerajaan negeri tiada pilihan kecuali terima PKPB yang berkuatkuasa hari ini, kerana ia undang-undang persekutuan.

Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak menyatakan keraguan masing-masing terhadap PKPB, dengan Selangor dan Pulau Pinang enggan patuhi keputusan itu.

Kebanyakannya berkata akan terus ikuti tempoh kawalan sehingga 12 Mei, iaitu apabila fasa PKP semasa tamat.

Semalam, kumpulan perniagaan menggesa kerajaan negeri patuhi kerajaan persekutuan dan menbenarkan kegiatan perniagaan disambung semula.

“Adalah penting operasi peniagaan di semua negeri berjalan serentak kerana rantaian antara negeri.

“Menghentikan kerja di beberapa negeri akan membawa kepada gangguan besar dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan, dan pada masa sama, memberi impak pada mata pencarian rakyat,” kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.

Pendirian sama diambil Dewan Perniagaan Melayu, menggesa kerajaan negeri membenarkan perniagaan kembali beroperasi bagi mengimbangi kesihatan dan ekonomi rakyat.

Awal hari ini, naib presiden Umno menuduh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri berhubung langkah membenarkan perniagaan beroperasi semula.

“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi, dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi,” kata bekas menteri besar Johor itu.

“Ia telah merumitkan sektor perniagaan dan perdagangan kerana ekonomi Malaysia sifatnya rentas negeri dan sempadan.”

Tetapi sumber yang dekat prosedur PKP berkata kerajaan negeri diberi “sekurang-kurangnya notis 48 jam” berhubung rancangan meringankan sekatan ke atas perniagaan.

Khaled juga bercakap tentang kemunculan “naratif baru” yang mana kerajaan negeri lebih berkuasa.

“Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada kerajaan pusat telah berakhir,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/04/kerajaan-negeri-berisiko-di-saman-berbilion-ringgit-jika-tolak-pkpb/