Kerajaan P.Pinang salur RM3.03 juta untuk institusi pendidikan Islam

Kerajaan P.Pinang salur RM3.03 juta untuk institusi pendidikan Islam

Kerajaan Negeri Pulau Pinang meyalurkan peruntukan sebanyak RM3.03 juta kepada seluruh institusi pendidikan Islam negeri ini pada tahun 2020, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Jelas Zakiyuddin, peruntukan tersebut mencatatkan penambahan sebanyak RM500,000 berbanding tahun lalu.

Katanya, penambahan tersebut membuktikan kerajaan negeri sememangnya komited dan prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di negeri ini.

“Program bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat atau SAR telah mula dipetkenalkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2009 lagi.

“Bermula pada tahun tersebut jumlah bantuan kepada institusi pendidikan Islam Pulau Pinang berjumlah sebanyak RM1. 78 juta setahun dan jumlah tersebut meningkat kepada RM2.48 juta pada tahun 2019 dengan pertambahan sejumlah RM700 ribu.

“Sebelum tahun 2009 tiada peruntukkan yang telah disediakan.Manakala jumlah keseluruhan institusi pendidikan Islam yang menerima peruntukkan kerajaan negeri tersebut berjumlah sebanyak 331 buah,” katanya.

Antara institusi pendidikan Islam Pulau Pinang yang menerima peruntukkan tersebut ialah Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Rendah Agama Rakyat Sepenuh Masa, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi, Tadika Islam, Pondok dan Kafa Tulen.

Berita penuh : https://www.roketkini.com/2020/10/09/pulau-pinang-salur-peruntukan-rm3-03-juta-untuk-institusi-pendidikan-islam/