Kerajaan PAS Kedah pernah tarah Hutan Pedu waktu Sanusi jadi setpol MB

Kerajaan PAS Kedah pernah tarah Hutan Pedu waktu Sanusi jadi setpol MB

Rakyat Negeri Kedah pernah membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah suatu masa dulu dimana masa tu Sanusi selaku Setpol MB. Ada dikalangan pimpinan dan ahli PAS pada waktu itu sememangnya tidak bersetuju penebangan balak tersebut oleh kerana boleh mengakibatkan pencemaran alam .

Penebangan balak semakin rakus dengan merompak khazanah Hutan Simpan Tasik Pedu pada masa itu dan rakyat kedah tiba kemuncaknya apabila lebih 12,000 rakyat dari seluruh negeri Kedah berkumpul menyertai perhimpunan secara aman di lokasi penebangan berdekatan Tasik Empangan Padu, Padang Terap, sekitar jam 3 petang pada hari itu.

Ironinya, Kawasan Tadahan Air itu terletak hanya beberapa meter dari kawasan yang dahulunya merupakan hutan hujan tropika, sekaligus menjadi tempat tadahan air kepada rakyat Kedah sejak tahun 1960an lagi.
Malangnya, akibat kerakusan kerajaan PAS pada waktu itu mengaut khazanah negeri, kawasan hutan yang berkeluasan kira-kira 500 hektar digondolkan tanpa kawalan dan lebih memeranjatkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Pada waktu itu timbul pertikaian antara Jabatan Perhutanan dengan JAS. Sepatutnya tidak seharusnya menjadi alasan yang boleh menghalalkan tindakan kerajaan PAS masa itu untuk menggondolkan Hutan Simpan Tasik Pedu dan kemudiannya tampil memberi alasan mengeluarkan balak untuk memberi laluan kepada projek ladang buah-buahan di situ.

Alasan kerajaan PAS waktu itu , kajian Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak diluluskan kerana wujud pertikaian antara kedua-dua jabatan itu sememangnya layak dipertikaikan rakyat jelata dan jika mereka benar-benar kerajaan yang bertanggungjawab dan memperjuangkan slogan Negeri Berkebajikan, maka isu penebangan Hutan Simpan Tasik Pedu perlu tidak akan berlaku sama sekali kerana ia terletak di kawasan tadahan air.

Sejak Hutan Tasik Pedu digondolkan pada waktu itu, berlaku pencemaran alam di kawasan sekitarnya termasuklah pencemaran air dimana ait menjadi keruh seperti air teh tarik dan ianya menghantui penduduk yang tinggal di beberapa kampung berdekatan yang akhirnya nanti dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan mereka pada masa akan datang sehingga sekarang.

Kita sedia maklum bahawa, hutan tropika amat penting kepada ekosistem manusia dan selain menjadi kawasan tadahan air, ia juga habitat kepada ribuan spesis fauna dan flora yang tiada tolok bandingnya di dunia.Tindakan rakus kerajaan PAS waktu itu menggondolkan Hutan Tasik Pedu membuktikan mereka sebenarnya tidak tahu mentadbir dan mengurus negeri Kedah dengan baik, Sebaliknya, keuntungan mudah dan segera dicari dengan cara menghalalkan penebangan balak di kawasan tadahan air.

Sebenarnya, untuk menjana pendapatan negeri bukannya seperti hanya tahu menggondolkan hutan dan menggadai tanah untuk sumber pendapatan .Banyak lagi cara lain untuk menarik pelabur . Cara mengondolkan balak ini tidak ubah seperti perompak yang ada kepentingan tertentu pada waktu itu.

Pada waktu itu, Jika kelulusan EIA diberikan oleh JAS sekalipun, kerajaan PAS waktu itu dimana Sanusi sebagai setpol pada ketika itu tidak seharusnya memberi green light kepada MB bagi meluluskan projek pembalakan di Hutan Tasik Pedu kerana ia membabitkan kawasan tadahan air.

“Banyak lagi tanah terbiar di seluruh negeri Kedah yang boleh diusik untuk tujuan pertanian tetapi mengapa mereka usik kawasan tadahan air untuk keluarkan balak yang bernilai jutaan ringgit pada waktu itu..tidak lain dan tidak bukan, ianya ada kepentingan tertentu bukan sekadar menaikkan ekonomi negeri.

“Sekiranya PH berkuasa semula di Kedah, pembalakan akan dikurangkan dan digantikan dengan projek penghutanan semula bagi menjaga kestabilan ekosistem

Projek penghutanan semula perlu dilakukan di kawasan ulu muda dan semua tempat pembalakan dan walaupun memakan masa untuk tumbuh, ia dapat menyelamatkan kawasan tadahan air negeri Kedah,

Leman Raja Lawan
Pencinta Alam Negeri Kedah

Penulis merupakan bekas AJK pemuda PAS Kawasan Sik dan merupakan Mantan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik dan juga Mantan Pengarah BIRO Tanah, Pertanian dan Luar Bandar Amanah Negeri Kedah

Sumber: