Kerajaan perkenal Bantuan Jamin Kerja untuk graduan menganggur, mohon sekarang!

Kerajaan perkenal Bantuan Jamin Kerja untuk graduan menganggur, mohon sekarang! Kerajaan menyediakan insentif terkini untuk membantu rakyat Malaysia yang masih belum mendapat pekerjaan. bantuan ini khusus untuk menaikkan taraf hidup rakyat yang berusaha untuk mencari pekerjaan. Berikut merupakan butiran lanjut :-

Apakah itu Program JaminKerja – Insentif Penggajian?

  • Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.
  • Insentif sebanyak 20% daripada gaji kasar sehingga RM12,000 bagi setiap pekerja sekiranya berjaya bekerja bagi 6 bulan yang pertama dan sebanyak 40% daripada gaji kasar sehingga RM24,000 sekiranya pekerja diambil bekerja sehingga 6 bulan yang seterusnya.
  • Secara keseluruhan, insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.

*Kerajaan perkenal Bantuan Jamin Kerja untuk graduan menganggur, mohon sekarang!

  • Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan.
  • Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.

*Kerajaan perkenal Bantuan Jamin Kerja untuk graduan menganggur, mohon sekarang!

  • Elaun Mobiliti juga disediakan kepada pekerja yang diambil sebanyak RM500 yang dibayar secara terus secara ‘one off’ kepada pekerja yang akan dibayar pada bulan pertama insentif pengambilan diluluskan.

Siapakah yang layak memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian?

  • Majikan yang layak memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian adalah:
  1. Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022
  2. Majikan daripada Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan
  • Majikan yang TIDAK layak adalah:
  1. Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama
  2. Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini
  • Pekerja yang layak adalah mengikut kategori, seperti berikut:.

*Kerajaan perkenal Bantuan Jamin Kerja untuk graduan menganggur, mohon sekarang!

Bagaimanakah saya boleh memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian?

  • Tarikh akhir permohonan untuk insentif Program JaminKerja-Insentif Penggajian adalah pada 30 Jun 2022.
  • Dokumen yang diperlukan:
  1. Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan), nombor akaun majikan dan nama bank
  2. Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registration Number – BRN)
  3. BRN Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja
  4. Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank)
  • Langkah untuk memohon inisiatif:
  1. Majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs
  2. Setelah pengambilan pekerja dilaksanakan (pengambilan mulai 1 Januari 2022), daftarkan pekerja baharu di Portal JaminKerja untuk permohonan Program JaminKerja – Insentif Penggajian

i.Majikan akan terima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan

ii.Majikan dikehendaki membayar gaji seperti di surat tawaran pekerja

iii.Bayaran kepada majikan akan terus dikreditkan setiap 2 bulan berdasarkan rekod caruman wajib kepada PERKESO dan KWSP

  • Pihak majikan boleh membuat permohonan insentif melalui Portal JaminKerja mulai 17 Januari 2022
    i.Pembayaran akan dimasukkan ke akaun syarikat (majikan) sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
    ii.Pembayaran bantuan mobiliti dan Insentif Malaysianization akan dimasukkan ke akaun pekerja sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
    iii.Bayaran bagi tuntutan permohonan akan dilakukan setiap 2 bulan sehingga tempoh 6 bulan bagi kategori perantisan dan 12 bulan bagi lain-lain kategori.

 

  • Untuk mendapatkan insentif setiap 2 bulan, majikan perlu memastikan bayaran gaji seperti yang ditawarkan di dalam kontrak, bayaran caruman PERKESO and caruman KWSP dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

BACA:

Seluar dalam tertanggal di jalan raya, wanita dikecam malu nak ambil balik

Honda City paling laris!

Laporan dedah 5 kereta paling hodoh pernah dijual di Malaysia