Kerajaan perkenal undang-undang baharu, majikan boleh dihukum jika ‘ganggu’ pekerja luar waktu pejabat

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Jika perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,”

Majikan di Australia yang menghubungi pekerja selepas waktu bekerja tamat kini berisiko didenda

Di bawah undang-undang baru yang diperkenalkan oleh kerajaan, lapor saluran berita 7News semalam.

Kerajaan perkenal undang-undang baharu, majikan boleh dihukum jika 'ganggu' pekerja luar waktu pejabat

Kerajaan mengumumkan undang-undang tersebut dikenali sebagai ‘hak untuk tidak berhubung’ bagi melindungi pekerja daripada gangguan dan permintaan yang tidak adil oleh majikan.

Undang-undang baru ini akan dibentangkan di Parlimen minggu ini.

Menteri Perhubungan Tempat Kerja, Tony Burke, menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada undang-undang yang dikemaskini, pekerja akan mempunyai ‘perintah berhenti’ terhadap majikan mereka, yang merujuk kepada larangan menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.

Majikan akan dikenakan denda jika melanggar ‘perintah berhenti’ ini.

“Jika perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,” kata Burke.

Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese menekankan bahawa “pekerja tidak dibayar gaji untuk 24 jam sehari. Mereka tidak sepatutnya dihukum jika tidak dapat dihubungi 24 jam sehari.”

Sebelum ini, Perancis memperkenalkan hak untuk enggan dihubungi di luar waktu bekerja pada tahun 2017, manakala Itali, Ireland dan Sepanyol juga telah meluluskan undang-undang serupa

BACA: “Aku rasa, aku ni bodoh. yang aku kandungkan ni anak dari hasil yang halal. Bukan haram. Kenapa sampai nak sorok-sorok?”