Kerajaan PN yang pelik lagi ajaib

Kerajaan PN yang pelik lagi ajaib

Kerajaan PN ini pelik lagi ajaib. Baru 24 hari PKP, banyak cerita lawak berlaku. Ini yang terbaru…

Orang bagi saya surat ini…

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengarah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang melantik penyelaras bantuan makanan. Biar betui… !

Di mana punca kuasa Timbalan Menteri ini? Sejak bila pula Jabatan Kebajikan sudah dipinda ke KPT?

Tak tahulah, mungkin ini cara baru kerajaan PN buat kerja. Menteri Kementerian A boleh campur tangan Kementerian B. Lain kali, Menteri KBS campur tangan urusan KPT jangan komplain ya…

Senarai penyelaras pula, orang tak kenal…
Mereka bukan wakil rakyat, bukan ahli Majlis, bukan MPKK, bukan Rukun Tetangga… Kalau mereka Penyelaras Parlimen lantikan kerajaan PN, apasal lantik Penyelaras Kepala Batas? Bukankah Ahli Parlimen Kepala Batas orang PN?

Saya dengar cerita … Kebanyakan mereka hanya kawan baik seorang Menteri Kabinet je…

Baru 2 bulan mentadbir, budaya lama sudah kembali… Sesiapa saja boleh uruskan hal-ehwal kerajaan, Asalkan “orang kita”…

Saya harap surat ini berita palsu. Kalau betul maka malulah…

Sumber :