Kerajaan roboh rumah atas tanah rizab kerajaan, anak merungut kerajaan cuma bagi RM6000 je!

Oleh ISMAIL YAHYA

Siapa yang tidak berasa sedih apabila rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini bakal dirobohkan?

Itulah kisah yang dikongsi oleh seorang individu di laman TikTok mengenai rumah ibu bapanya, menarik simpati warga maya.

Dalam perkongsian itu, individu tersebut menerangkan bahawa tanah tempat rumah ibu bapanya berdiri akan diambil oleh pihak swasta untuk membina sebuah taman.

Kerajaan roboh rumah atas tanah rizab kerajaan, anak merungut kerajaan cuma bagi RM6000 je!

Individu tersebut menyatakan bahawa mereka telah lama tinggal di tempat tersebut.

“Pihak swasta ingin mengambil tanah untuk membina laluan dan taman, walaupun kami telah lama menetap di sini. Tanah belum diukur dan kami terpaksa mencari rumah baru,” katanya.

komen roboh

Individu tersebut turut menceritakan bahawa pihak swasta menjanjikan pampasan sebanyak RM6,000 kepada mereka, tetapi mereka merasakan jumlah tersebut tidak mencukupi.

“Pampasan RM6,000? Adakah ini mencukupi untuk kami membina rumah baru? Bagaimana dengan kami yang mempunyai adik-adik yang ramai, dan ibu bapa hanya berniaga, bukan bekerja dengan kerajaan?” luahnya.

Perkongsian ini menarik perhatian warga maya dengan pelbagai reaksi, dari simpati hingga pandangan yang berbeza. Seorang individu dari syarikat hartanah turut memberi pandangan dan menasihati orang ramai agar menyemak status tanah dengan pihak berkuasa untuk memastikan ia bukan tanah rizab kerajaan.

Pandangan tersebut mendapat sokongan daripada beberapa netizen yang merasakan bahawa situasi ini adalah pengajaran untuk orang lain dan perlu dijadikan pembelajaran.

BACA: Rupanya ini punca mesin basuh pusing perlahan, betulkan sendiri pun boleh, buat kat rumah je!