Kerajaan Selangor haramkan minum arak dan merokok di taman permainan dan rekreasi

Kerajaan Selangor haramkan minum arak dan merokok di taman permainan dan rekreasi

Kerajaan Selangor mengharamkan kegiatan minum arak serta menghisap rokok dan vape di taman.

Exco kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata larangan itu telah dimasukkan dalam kesalahan Undang-undang Kecil Taman 2005 dan akan dikuatkuasakan serta-merta.

“Dengan pindaan Undang-undang Kecil Taman 2005 ini, maka negeri Selangor di bawah pimpinan PH bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang minum arak dan rokok di taman-taman permainan dan taman-taman rekreasi,” katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat demi keselesaan dan kesihatan pengunjung, lebih-lebih lagi ketika penularan wabak Covid-19.

“Saban hari, gaya hidup yang sihat semakin menjadi amalan dan keutamaan rakyat Malaysia.

“Taman permainan dan taman rekreasi juga makin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah bersukan serta aktiviti kekeluargaan,” katanya.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/534300