Kerajaan umum bantuan khas untuk golongan B40

Kerajaan umum bantuan khas untuk golongan B40

Kerajaan umum bantuan khas untuk golongan B40. Senarai Bantuan Kerajaan Untuk B40 Tahun 2023. Membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesusahan adalah merupakan matlamat utama kerajaan Malaysia hari ini dibawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan mempunyai tekad yang tinggi didalam membasmi kesusahan rakyat yang masih tinggi di tanah air tercinta.

Menurut sinar Harian, kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4 peratus pada tahun lepas berbanding 5.6 peratus yang direkodkan pada 2019.

Ulasannya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang terdahulu, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan juga menjangkakan bahawa kadar kemiskinan isi rumah di Malaysia telah meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000 pada tahun lepas.

Beliau menambah, peningkatan jumlah kemiskinan tersebut yang turut dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia itu sebahagian besarnya adalah kesan daripada keadaan ekonomi yang terjejas ekoran penularan Covid-19.

“Ini adalah panggilan peringatan untuk kita semua pembuat dasar supaya meningkatkan dan melaksanakan reformasi serta polisi bagi membendung kemiskinan.

“Ia termasuklah usaha meningkatkan taraf hidup mereka yang berada dalam kumpulan yang mengalami nasib kurang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan International Forum On New Inclusive Asia 20201 (IFNIA 2021) bertemakan Poverty Alleviation in China – Lessons for Developing Countries yang diadakan secara maya pada Khamis.

Baru-baru ini melalui pembentangan RUU kumpulan wang disatukan oleh Perdana Menteri telah membenarkan pembelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan sebahagian pada tahun 2023. Untuk makluman, peruntukan khas lebih daripada RM107 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan beberapa program bantuan pada suku pertama tahun 2023.

Di halaman kali ini, telah disediakan senarai bantuan kerajaan yang boleh anda dapatkan sekiranya berkelayakan. Banyak program bantuan yang akan diperkenalkan dalam sidang BAJET 2023 nanti.

Berikut Adalah Merupakan Senarai Bantuan Kerajaan Untuk B40 Tahun 2023 :

Kerajaan umum bantuan khas untuk golongan B40
1

) BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Pihak kerajaan kini telah telah membuat pengumuman bahawa bantuan BAP ini akan diteruskan pada tahun hadapan. Pemberian insentif ini diberikan kepada pelajar sebanyak RM150 tanpa kira latar belakang had pendapatan keluarga. Bantuan ini akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

KADAR :

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
KAEDAH PENYALURAN :

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
2) BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)
Untuk sedia maklum, pada awalnya bantuan BTR ini akan disalurkan pada bulan Mac. Tetapi atas dasar prihatin kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran BTR fasa 1 bermula Januari 2023.

Hal ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan bencara banjir yang sedang berlaku di negara. Bagi kadar bantuan, 2 kategori akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 nanti. Kategori berkeluarga akan mendapatkan bantuan sebanyak RM300 dan bujang sebanyak RM100.

Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang. Sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia Untuk Maklumat Lanjut www.mof.gov.my

3) BANTUAN KHAS KEWANGAN
Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan khas kewangan (BKK) untuk penjawat awam Gred 56 kebawah dan pesara kerajaan akan diberikan bermula Januari 2023. Kadar bayaran adalah sebanyak RM350 kepada pesara dan RM700 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan sejuta pesara kerajaan berjumlah RM350.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Perpaduan ingin memberikan penghargaan atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kepada anggota awam dalam menyumbang perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula kuat kuasa pada 1 Jan 2023.

4) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bagi memastikan kebajikan pekebun kecil getah di musim tengkujuh, pihak Kerajaan akan memberikan bantuan BMT Tambahan sebanyak RM200 bapa bulan Januari 2023.

Sebelum ini, BMT telah pun disalurkan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah keseluruhan RM800.

5) Tawaran Kerja di Bawah MySTEP
Dengan didorong pelaksanaan program mengiktiraf gaji antara RM1,500 ringgit hingga RM2,100, pihak Kerajaan akan menyediakan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui program MySTEP bagi tahun 2023.

telegram us

6) KGT TAMBAHAN KHAS
Bagi penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikkan gaji sebanyak RM100 bermula tahun 2023. Hal ini bagi membantu penjawat awam dan tanda penghargaan menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Menurut Berita Harian, keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) jelas menunjukkan keehsanan kerajaan terhadap penjawat awam dalam menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran negara.

“Terima kasih buat Kerjaan Malaysia”
Kerjaan Malaysia begitu bersungguh bagi Memastikan tiada lagi jurang kemiskinan yang terdapat di negara kita. Oleh itu kerajaan menyediakan pelbagai bantuan sebagaimana didalam Senarai Bantuan Kerajaan Untuk B40 Tahun 2023.

BACA:

‘Lagi besar saiz, lagi banyak kena bayar’ – Negara ini kenakan cukai payudara

Soalan exam murid sekolah rendah dah macam level universiti, “tak masuk akal lah!”

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

CATEGORIES