Kerajaan Yang Dapat Mandat Rakyat Tumbang Kerana Pengkhianatan – Nik Omar

Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, mengakui wujud beberapa kelemahan Pakatan Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun pentadbirannya yang sering mengundang persepsi kurang baik kepada PH.

Namun katanya, itu sama sekali tidak boleh menjadikan alasan untuk mana-mana individu cuba melakukan perubahan secara tidak demokrasi apatah lagi melalui pintu belakang yang dianggap sebagai tidak bermoral.

Bahkan katanya, apa yang berlaku hari ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada individu atau parti lain untuk menggulingkan kerajaan dengan cara yang sama.

“Ini kita sebut sebagai satu pengkhianatan dan akan dikenang oleh rakyat.

“Bahkan negatifnya, apa yang berlaku memperlihatkan adanya parti-parti yang bergabung telah menjatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

“Kamu seolah-olah mengajar dan membenarkan cara itu dilakukan. Jadi terima lah, parti atau individu lain juga boleh menjatuhkan kerajaan dengan cara yang sama iaitu khianat,” katanya dalam temubual bersama Malaysia Dateline baru-baru ini.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pn-juga-boleh-jatuh-kerana-khianat-tegur-nik-omar/