Kerana cinta, majistret kantoi menyamar jadi teman wanita tolong jawab exam law

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kerana cinta, majistret kantoi menyamar jadi teman wanita tolong jawab exam law

Demi cinta, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan pasangan.

Ada yang sanggup menahan rasa mengantuk hanya untuk berborak, dan ada juga yang menyimpan duit untuk membeli hadiah buat pasangan.

Kerana cinta, majistret kantoi menyamar jadi teman wanita tolong jawab exam law

Lain pula kisahnya buat seorang lelaki di Uganda, yang juga seorang majistret apabila dia ditahan selepas menyamar menjadi wanita untuk menjawab peperiksaan undang-undang buat teman wanitanya, Irene Mutonyi.

Terdahulu, Musa Semwogerere baru sahaja dinaikkan pangkat ke majistret gred satu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman pada dua minggu sebelum hari kejadian. Difahamkan, Musa tidak sempat menjalankan tugas barunya itu selepas terpalit dalam isu penyamaran ini.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Undang-undang, Frank Nigel Othembi, kelakuan suspek telah melanggar Seksyen 351 Akta Kanun Keseksaan dan Penyamaran.

Difahamkan, Mukisa telah didakwa dengan dua pertuduhan pemalsuan dan direman ke penjara selama lima hari.

“Kami melaporkan perkara itu kepada polis dan dia telah didakwa atas dua pertuduhan. Kami akan memastikan bahawa kes ini didakwa sepenuhnya sehingga selesai, termasuk semua orang lain yang bersalah”, katanya kepada sumber.

Badan Kehakiman Uganda melaporkan pelantikan Musa akan dibatalkan selepas terpalit dalam isu tersebut.

Betul la orang kata, cinta itu buta.

BACA: Ahli MPT Bersatu letak jawatan, kecewa pimpinan tertinggi Bersatu Negeri Sembilan jual kerusi letak calon lemah