Kerana kesempitan hidup, murid sekolah rendah jadikan selipar sebagai pemadam

Oleh ISMAIL YAHYA

Di Filipina, Harold Labutong menonjol sebagai contoh ketabahan dan keazaman di kalangan pelajar miskin.

Walaupun datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, Harold tidak pernah berputus asa dalam mengejar pendidikan.

Menurut gurunya, pelajar tersebut merupakan seorang pelajar yang rajin belajar.

Tetapi keluarganya sangat miskin sehinggakan sebatang pensil pun terlalu mahal buat mereka.

Pernah suatu hari, Harold membuat kesilapan menulis dan meminjam sekeping pemadam dari seorang rakan.

Kerana kesempitan hidup, murid sekolah rendah jadikan selipar sebagai pemadam

Tidak disangka, pemadam tersebut dibuat daripada sebelah selipar. Harold tertanya-tanya, bolehkah selipar itu digunakan sebagai pemadam.

Tanpa berlengah, dia mencubanya dan ternyata ianya berkesan. Sejak itu, Harold sentiasa membawa sebelah selipar tersebut sebagai pemadamnya.

Walaupun Harold gigih dalam pelajaran, keluarganya sangat miskin sehingga sebatang pensel pun menjadi barang mewah. P

ensel yang ada pada Harold digunakan sehingga menjadi sangat pendek dan sukar untuk digunakan, tetapi dia tetap berusaha tanpa mengambilnya sebagai alasan untuk tidak belajar.

Harold bertekad untuk mengatasi kesukaran dan kekurangan yang dihadapi dalam menuntut ilmu.

Dia turut berkongsi penemuan beliau dengan rakan-rakannya, yang kemudian menjadi popular di kalangan mereka.

Tindakan Harold menarik perhatian guru dan menjadi viral di media sosial.

Banyak netizen yang tergerak hati dan memberi sumbangan alat tulis kepada pelajar-pelajar yang bersemangat seperti Harold.

Kisah Harold dan semangatnya untuk belajar walaupun dalam kesusahan memberikan inspirasi kepada kita semua.

Ini menunjukkan bahawa keazaman dan ketabahan adalah kunci kejayaan, tanpa mengira keadaan ekonomi.

BACA: “Mak abah buang aku masa umur 10 tahun, bila aku dah berjaya mereka terhegeh nak duit aku”