Kerana lambat belajar, ini kisah Rosemary adik bekas Presiden Amerika yang ditebuk kepalanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Rose Mary “Rosemary” Kennedy merupakan anak perempuan sulung yang dilahirkan oleh Rose Fitzgerald Kennedy pada tahun 1918.

Rosemary merupakan kakak kepada Presiden Amerika yang terkjenal pada abad ke-20 iaitu John F Kennedy (JFK).

Pada masa kecil, Rosemary disedari oleh adik-beradiknya yang lain disebabkan kelihatan lambat belajar berjalan

Kerana lambat belajar, ini kisah Rosemary adik bekas Presiden Amerika yang ditebuk kepalanya

Dan daya intelektual tidak sepertimana adik-beradiknya yang lain.

Rosemary juga turut sukar memahami pelajaran disekolah. pada awal abad ke-20, pemahaman masalah intelektual lembam belum lagi meluas. Oleh itu, ibu bapa Rosemary merahsiakan diatas risau stigma memiliki anak lembam.

Menggunakan pembedahan Kaedah LOBOTOMI

Semakin meningkat usia, keperluan penjagaan kesihatan dan pelajaran juga meningkat.

Ibu bapanya cuba mencari kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh anaknya itu. Mereka juga telah menghantar Rosemary ke sekolah berasrama peribadi yang mempunyai sokongan masalah pembelajaran.

Sebagai kaedah penyelesaiannya, ibu bapa Rosemary akhirnya mengambil kaedah lain dengan menghantar Rosemary untuk menjalani Lobotomi.

Pembedahan Lobotomi diterajui oleh Dr Walter Freeman, iaitu seorang pakar ahli neurologi di Washington D.C USA.

Walter mempercayai bahawa masalah sakit mental disebabkan oleh kecatatan otak. Meskipun ketika itu Lobotomi tidak disahkan oleh persatuan perubatan Amerika namun mereka tetap meneruskannya.

Pada November 1941 Rosemary melalui prosedur Pembedahan eksperimen itu yanfg menggunakan peralatan seperti pencungkil ais dan tukul (Icepick & Hammer).

Prosedur menggunakan alatan tersebut dikatakan mengambil masa yang terpantas iaitu selama 10 minit.

Caranya adalah dengan menggerudi 2 lubang kedalam kepala pesakit, meletakkan alkohol ethyl ke bahagian otak prefrontal cortex. Alkohol digunakan untuk menganggu perjalanan saraf yang bertanggungjawab menyebabkan kekerapan ulangan simptom pesakit mental.

Walter mempercayai bahawa memotong sebahagian laluan saraf trtentu mampu menghilangkan perasaan emosi tidak yang tidak perlu dan menstabilkan personaliti.

Jelasnya, pembedahan tersebut gagal sama sekali. Rosemary terus hilang keupayaan berjalan dan bercakap selepas keluar dari Hospital.

Rosemary dimasukkan ke Hospital untuk mendapat penjagaan khas. Rosemary yang cacat itu menghabiskan sisa hidupnya di St Coletta School for Exceptional Children di Jefferson, Wisconsin. Rosemary masih menerima rawatan dan terapi meskipun terpisah dari ahli keluarganya.

Akhirnya Rosemary meninggal dunia pada 7 January 2005 nketika berusia 86 tahun akibat sakit tua

BACA:Pelajar sekolah jawab ‘sebab boleh’ dalam kertas ujian sekali ini respon pemilik asal slogan buat ramai terkejut