Kerana perbezaan ini jadi sebab kenapa negara ini paling akhir sambut tahun baharu

Oleh NADIA HARON

Tepat pada pukul 12 tengah malam, 1 Januari, momen yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang di seluruh dunia akhirnya tiba,

Ia menandakan permulaan tahun baharu dengan pertunjukan bunga api yang mempesona

Tahun ini, 1 Januari jatuh pada hari Rabu, dan pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melangkah ke tahun 2025 sambil mengatur azam baharu.

Namun, pernahkah anda terfikir, negara manakah yang menyambut tahun baru terlebih dahulu, memandangkan setiap negara berada dalam zon waktu yang berbeza?

Mari kita lihat negara mana yang menjadi yang pertama dan terakhir menyambut kedatangan tahun baharu ini.

Kerana perbezaan ini jadi sebab kenapa negara ini paling akhir sambut tahun baharu

Kenapa Waktu Setiap Negara Berbeza?

Sebelum itu, kita perlu fahami mengapa setiap negara mempunyai waktu yang berbeza. Hal ini disebabkan oleh kedudukan geografi negara-negara tersebut, terutamanya logitud dan garisan meridian.

Kedudukan ini membahagikan dunia kepada pelbagai zon waktu, menjadikan waktu bagi setiap kawasan berbeza antara satu sama lain.

Negara Pertama Menyambut Tahun Baharu

Tahukah anda bahawa negara pertama yang akan menyambut tahun baru adalah Republik Kiribati yang terletak di Lautan Pasifik? B

erdasarkan laporan National Geographic, pulau Kiritimati, bersama dengan beberapa pulau kecil lain di sekitar Lautan Pasifik Tengah, merupakan kawasan yang pertama menyambut 1 Januari.

Pulau Kiritimati adalah salah satu daripada 33 pulau yang membentuk Republik Kiribati dan terletak berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa (International Date Line) yang berada pada UTC +14:00.

Inilah sebabnya mengapa negara ini berada di zon waktu paling awal di dunia.

Negara Terakhir Menyambut Tahun Baharu

Di sisi lain, negara terakhir yang akan menyambut tahun baharu adalah wilayah di Amerika Syarikat iaitu pulau-pulau Niue dan Samoa Amerika. Pulau-pulau ini terletak di barat daya Kiribati, di kawasan Pasifik Selatan.

Selain itu, Pulau Baker dan Pulau Howland, yang terletak di selatan Hawaii dengan waktu UTC-12:00, juga merupakan kawasan yang paling akhir menyambut Tahun Baharu. Namun, perlu diketahui bahawa kedua-dua pulau ini tidak berpenghuni sama sekali.

Dengan perbezaan waktu yang begitu besar, setiap negara menyambut kedatangan tahun baharu pada waktu yang berbeza. Jadi, sambutan tahun baharu bukan hanya tentang keriuhan dan perayaan, tetapi juga tentang bagaimana zon waktu yang berbeza di seluruh dunia

mempengaruhi cara kita meraikannya.

BACA: ‘Nak menunjuk kekayaan untuk apa? Esok kena tarik mana tahu?’ – Ryan Bakery