Kerana pernah bekerja sebagai ‘pelayan’ malam, wanita dipulau keluarga

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Sebuah telefilem baharu telah menemui anda di Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana pada 5 Jun lalu

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films yang diarahkan oleh Syed Fariz.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air iaitu Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin

Dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

Bekas gadis escort hidup bahagia selepas berhijrah menjadi kucar-kacir apabila diganggu oleh seseorang daripada kisah silamnya

Kerana pernah bekerja sebagai ‘pelayan' malam, wanita dipulau keluarga

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim).

Mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa). Perkahwinan mereka bahagia dan baik-baik saja selama lapan tahun.

Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan buat si isteri dipersiapkannya. Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa lapangnya.

Di samping itu, Saleha juga bertuah kerana mempunyai keluarga mentua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Namun, kehadiran seseorang di sebuah majlis keluarga mereka telah mengubah segalanya.

BACA: “Pertama kali aku nampak mak menangis, rupanya family ayah senyap-senyap tukar hak milik dan curi duit company masa ayah koma”