Pelajar yang nakal di sekolah biasanya akan dikenakan denda oleh guru kelas atau guru disiplin.
Biasanya sekolah di Malaysia denda dalam bentuk berdiri luar kelas, berjemur tengah panas ataupun dirotan cikgu sendiri.
Namun lain di Aceh Barat, Indonesia apabila seorang pelajar sekolah dikenakan denda botak kepala dan disiram air cili gara-gara kantoi merokok.
Namun yang peliknya pelaku yang membuat hukuman berkenaan bukanlah seorang cikgu
pun tetapi isteri kepada pengetua sekolah hanya memberi pengajaran kepada pelajar terbabit.
Namun, tindakannya mengundang padah apabila keluarga melaporkan kepada pihak polis.
Menerusi video yang tular di media sosial, pelajar itu dilihat meraung menahan ‘kepanasan’ air cili
Seorang perempuan yang merupakan neneknya berusaha untuk menenangkan pelajar itu dengan memandikannya dengan sabun.
Namun, panas langsung tidak berkurang menyebabkan pelajar itu melompat ke dalam kolah untuk berendam.
cili
Ketua Unit Siasatan Jenayah Aceh Barat, Inspektor Fachmi Suciandy mengesahkan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek berkata, mangsa telah melanggar peraturan asrama iaitu merokok. Namun hukuman seperti itu adalah satu bentuk penganiayaan dan boleh dikenakan hukuman jika terbukti bersalah.
baca