Kereta kena ‘rembat’ di UK dijumpai di Thailand, ini 3 negara transit sebelum sampai destinasi

Oleh GEMILANGDAILY

Kereta kena ‘rembat’ di UK dijumpai di Thailand, ini 3 negara transit sebelum sampai destinasi. Jabatan Penyiasatan Khas Thailand (DSI) menemukan semula dua kereta mewah yang dicuri di Britain.

Menurut kenyataan DSI, dua kereta mewah itu – Porsche Cayenne telah dirampas di bilik pameran di Bangkok pada 15 Feb manakala mini Cooper di jumpai di sebuah kondominium di Bangkok pada 20 Februari.

“Siasatan mendapati enjin dan nombor casis dua kereta mewah itu sepadan dengan kenderaan yang dicuri yang disenaraikan oleh pihak berkuasa Britiain.

Kereta kena 'rembat' di UK dijumpai di Thailand, ini 3 negara transit sebelum sampai destinasi

“DSI sedang berusaha untuk mengesan enam lagi kereta mewah yang dicuri,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua kereta itu adalah antara 35 kereta mewah yang dilaporkan dicuri di England dan kemudian dihantar ke Thailand pada tahun 2017.

Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom telah mengemukakan permohonan kepada DSI untuk membantu mencari 35 kereta mewah yang dicuri di Britain dan kemudian dihantar ke Singapura sebelum dibawa ke Thailand.

Menurut DSI nilai 35 kereta mewah itu dianggarkan berjumlah £2.4 juta (kira -kira 100 juta baht).

Media melaporkan, kereta itu dicuri antara Julai 2016 dan Mac 2017.

BACA: 

Ingatkan bersih sangat? Bekas Menteri ditahan bersubahat

Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama